Khamis, 17 Mei 2012

NorthIndiaBackpacking 7: Kashmir - The Route to Sonamarg

Sambungan Entri dari SINI.

Di pagi hari ketiga aku di bumi Kashmir, aku berkesempatan untuk duduk seketika di depan titi menghadap tasik berhampiran dengan rumah papa Yousef. Pagi itu sungguh nyaman dan sejuk dan jam sudah menunjukkan pukul 6.30pagi. Di sini, jam 6 pagi hari sudah terang dan aktiviti seharian penduduk di kampung ini juga telah dimulakan.
Ada dua buah bangunan. Both belonged to Anchari.
Kediaman Anchari anak beranak
Ada seorang pakcik bersampan mengelilingi tasik seperti mencari-cari sesuatu. Di sampannya ada juga jala, mungkin dia nak tangkap ikan kot, cuma idakle pula dia menebar jala yang ada. Melihat keadaan pakcik itu, aku rasa umurnya dah memang agak lanjut. Dah sesuai untuk duduk di rumah dan dibela anak isteri. Tapi itula, mungkin kerana desakan hidup, dia perlu juga keluar pagi-pagi untuk berbuat sesuatu, mungkin mencari rezeki.

Suasana hening pagi...
Tengah aku syiok meng-usha pakcik tua itu, tetiba Rubina datang untuk join aku. Saje jea dia nak berborak ngan aku sebab sebelum nie kesempatan nak borak panjang tak berapa ada sangat sebab aktiviti aku penuh dengan jenjalan sampai malam kan..hehee
Hmmm apa lagi yang boleh aku buat selain dari menikmatinya...
Dia tanya, aku datang ke Kashmir nie, berdua jea ngan Baby, parents aku kat rumah tak bising ke? Macammana mak bapak aku boleh dengan senang hati lepaskan aku sendiri berjalan ke tempat yang bergolak macam Kashmir nie, TANPA travel agent? Hmm banyak betul soklan dia pagi tue. Jenuh aku nak menjawabnya.

Aku inform dia, personally mak bapak aku nie bukan dengan senang hati melepaskan aku jenjalan ke sini. Memang diorang risau, adik beradik bapak aku pun risau juge, makyang aku sampai tak lena tido la juga gamaknya. Tapi itula, aku janji dengan diorang memang aku akan jaga diri aku dengan teliti dan sebaiknya jika diorang kasi peluang kat aku lepas ke kashmir. Aku explainkan detail agenda aku pada mereka, mana nak tinggal, dengan sapa nak tinggal, berapa duit yang perlu dipakai dan memacam lagi. Dan aku sangat BERSYUKUR sebab parents aku akhirnya lembut hati benarkan aku teruskan misi ke Kashmir nie walau dengan berat hati dan mata berkaca. Aku nie memang degil, kalo nak buat sesuatu aku memang bersungguh nk buat jugak.
Memula seram gak nak lalu titi nie, tp bila dah selalu, lompat pun berani...
Nak dibanding dengan Rubina, bagi kes dia, papa Yousef memang TAK AKAN benarkan dia keluar dari Kashmir nie. Even jenjalan di pekan pun macam satu yang sangat RARE. Inikan pula berwindow shopping dan tengok wayang. Serious hidup dia tetiap hari adalah memasak, pagi petang siang malam. Dia memang pemasak bagi keluarga papa yousef dan juga penjaga datuk dia yang sudah tua. Walaubagaimanapun, dia redha dan tidak merungut dengan keadaan dia sekarang. Itu yang aku salute pada dia. 

Alright, panjang plak cerita kan. hahahaa.

Destinasi aku untuk hari ketiga ni adalah ke Sonamarg. Sonamarg ni juga dipanggil sebagai Meadow of Gold. Terletak di daerah Ganderbal, di sebelah utara sikit dari Pahalgam.Perjalanan ke Sonamarg nie dari Srinagar dalam 3 jam juga. Jauh nun di sana! Tempat tumpuan pelancong juga, especially pelancong dari India sendiri. Banyak juga filem hindustan shooting di sini. Rubina kata Sonamarg nie lagi cantik dari Pahalgam. Aiii, lagi tak sabar aku dibuatnya..

Kami bertolak dalam jam 10 pagi dari rumah Papa Yousef. Uncle Gulam menunggu kami di seberang tasik untuk menjemput kami dan seterusnya bergerak ke Sonamarg. Disebabkan Sonamarg nie terletak menghadap dengan banjaran Himalaya, makanya sepanjang perjalanan kami dihidang dengan panorama yang sangat asyik. NAK MENANGISSSSS tengok tau...
Di antara pekan koboi yang ditempuhi..
Sihat mata memandang
Untuk satu jam pertama perjalanan, kami melihat saujana mata memandang ladang safran (herba paling mahal di dunia) serta ladang hijau dengan bunga kuning. Selepas itu pemandangan gunung ganang pula muncul.
Bila nak berhenti, maka berhentilah anda!
SubhanAllah, itu jea yang mampu aku ucapkan. Semakin dekat destinasi yang dituju, semakin dahsyat pemandangan semulajadi yang disajikan. Glacier after glacier. Angin di luar kereta juga semakin dingin. Kami menuju ke altitud 2800 above sea level. 
Ini pada sapa yang pandai Skiing , memang heaven.
Uncle Ghulam bagitau yang jalan ke Sonamarg ni ditutup pada musim sejuk sebab salji yg turun di kawasan ini sangat lebat dan kenkadang selalu berlaku runtuhan salji.
With Uncle Ghulam, background..part of himalayas..
Even 2 hari sebelum aku sampai Kashmir nie pun ada ribut kuat melanda kawasan nie bersekali dengan ribut salji. Uishh aku memang tak perasan. Nak ikutkan dah nak masuk spring nie, memang takkan ada salji turun, tp itula...bila dah kesan global warming nie, memacam perkara pelik boleh jadi. Nways, aku sgt lega bila jalan masuk ke Sonamarg dah dibuka pada orang awam. Berkesempatan la nanti nak tgk Thajiwas Glacier dari jauh.

Setelah hampir 3 jam perjalanan..maka sampailah kami ke penghujung jalan Sonamarg..

Teaser: Piknik di Sonamarg? Sanggup ke terjun dalam air ais neh?

Aku akan cerita detail apa yang ada di Sonamarg di entri akan datang. Jadinya, sudi-sudilah menungguu!!!

:-)

50 ulasan:

  1. amboi2....amek gmbr mesti peluk2. kekek mesra sgt nih! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaaa pakcik aku tu wehhh :-)

      Padam
    2. Bole la sikit2. Kih kih kih. Misai dh lebih kurang bapak aku dh tue..huhuuu

      Padam
  2. wahhh kalau Msia ada slji cam tu tentu bestkan...Sonomarg ohhh sonomarg

    BalasPadam
  3. Kecik je Mas dberdiri sebelah Uncle Gulam tu!

    Pertama kali kakcik baca perkataan PEMASAK untuk tukang masak... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy penah pegi umah kak cik dulu.. Sy mmg pendek kan :)

      Heheee pemasak, main sedap mulut jaa sy mrnyebutnya..kalo ade cikgu bm nie kena rotan saya ;p

      Padam
  4. gambar semua terbaik. aku paling suka gambar last sekali!!!! Santek!
    blod related??? omai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sah sah la xde langsung blood related kan. ;)

      Padam
  5. masa ko gi ada avalanche tak? scary kan if nampak dpn mata...tapi cantik ar gunung bersalji camtu, aku suka :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mase aku gi nie takde yang kena jalan, tp dalam kawasan gunung tue ada la.

      Avalance slalu jadi masa bulan jan-februari. waktu tue memang ice-cold..

      Padam
  6. masa di situ, berapa suhu nye erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. suhu di kawasan gunung dalam 5 celcius.

      tp di pekan srinagar dalam 10-15 celcius. Just nice. cuma malam jea suhu lagi rendah..gigil..

      Padam
  7. salam

    yg bunga kecik kuning tu pokok "rapeseed" ke?

    tu kalau org depa berendut mcm dalam filem hidustan , mau golek2 dari atas ke bawah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy x sure nama pokok tue apa..tp seed dia diproses utk buat minyak. Sesame oil

      Padam
  8. eb ghoulam tu dipaksa peluk bahu keeeww.. ehehhee, sonoknyer jaln2 snow kanns

    BalasPadam
  9. subhanallah... indah betei ciptaan Allah!!

    BalasPadam
  10. Aduhh..telan air liur tengok gambar salji ngan gunung tuh..
    Takder jumpa retis tengah shooting ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Retis mase pegi tue memang xde langsung..bukan musim lagi..

      Padam
  11. Balasan
    1. Yes it is..now i understand y kashmir is called "paradise on earth"..

      Padam
  12. Bestnyer kalau nak gi sking kat sana..I love all the pictures!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thnx curry. Kalo u kaki skiing..silalah ke kashmir.. The cheapest skiing place in the world is kashmir!

      Padam
  13. Seriau juga tgk titi tu..~ahahaha

    Memang mabeles lah panorama kat banjaran himalaya tu...mau 2-3 hari tak puas nak ambik gambar! ;)

    ada beli tak safran kat sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pakai kamere compact jea.. Kalo doc dgn dslr mesti lagi berejam singgah setiap point utk tgkp gambo kan. Tp mmg berbaloi pegi, next year ikutla kak yan ke sana..

      Padam
    2. saya beli sikit safran. buat minum teh..

      Padam
  14. subhanallah cantik nya...!!! nak nya pi sana jugak....

    BalasPadam
  15. riangnya uncle ghulam dapat peluk awekz cun :)


    zany

    BalasPadam
  16. U're a very2 lucky lady, Mas...U've seen places that some people don't know their existence.. If i were yr parents pon, susah jugak nak lepaskan anak dara ni jalan2 tempat cengini....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is very difficult for myself to convince my parent for the approval. I tried since year 2007 and finally they gave their blessing. Love them both. :)

      Padam
  17. Masssssss.. am so so jealous! Sonamarg is beautiful!! Kashmir is definitely on my bucket list but nak sampai tu still a long long way to go I guess.

    BalasPadam
  18. my pick this time - allllll pics! ohsem! superb! fuh!

    BalasPadam
  19. canteks betul tempat ni... mak terkesima melihat... mesti pergi!

    BalasPadam
  20. i miss sonmarg alreadyyyy.. aduiii.. lama lagi nak pi balik nii.. hee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kanns...kalo la ade tiket direct ke sana...

      Padam
  21. boleh tau tak jenis camera u in detai??sangat cantik gambar yang u ambil..macam nak terbang skrg jugak..hahaha:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thnx..

      i pakai compact camera Canon S95.

      Padam
    2. terima kasih atas info:) kagum tengok u yang berani.

      Padam
  22. Assalam.. u pergi ni date bp hb ye? Sy nk g dari 29mac-3apr ni.. 30 di gulmarg, 31hb di pahlgm, 1hb di sonmarg but stay di srinagar dr 1-3hb.. gulmarg n phlgm stay sana.. sejuk sgt x time sy g ni? Blh pm fb sy tak? Eda Omar

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry eda, i terpaksa reply kat sini bukan di FB sebab ada banyak FB acc atas nama tu. i ada di sana dalam 21-26 march. takda la sejuk sgat. just nice kalo di srinagar. i rasa by the time you datang tu spring dah nak masuk, most probaby tulip garden dah bukak.
      untuk pahalgam, sonamarg and gulmarg akan slightly sejuk berbanding srinagar sebab kat sana masih ada snow sebab kawasan pergunungan. anyways, hope u enjoy your travel to kashmir. worth a visit. sgt cantik.

      Padam