Ahad, 6 Mei 2012

NorthIndiaBackpacking 5: Kashmir - Dal Lake (Sunset) and Hazrabal Mosque

Sambungan entri Dal Lake dari SINI.

*Jewel in The Crown of Kashmir*

Itulah anggapan penduduk tempatan mengenai Dal Lake. Kalau nak tengok keluasan tasik ini memang saujana mata memandang. Sangat besar dan luas okeh! Mana taknya, shoreline dah 15 kilometer panjang. Luas keseluruhan dalam 18 kilometer persegi. SubhanAllah.


Tasik ni aku tengok memang pusat aktiviti utama penduduk tempatan. Ada floating market tetiap pagi di kawasan ini, dan juga shikara-shikara pusing memusing di setiap penjuru tasik ini. Memang memberi punca rezeki kepada 75% penduduk srinagar sebenarnya.

Masa musim sejuk, November-Februari, suhu di Dal Lake nie boleh mencecah -11celcius, so biasanya kalo musim sejuk yang extreme, tasik ini boleh membeku. Pasal tue, orang kashmir masa musim sejuk jea mereka akan sedikit terdesak. Punca pendapatan secara automatik berkurangan dan ramai juga yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Benda yang sama berlaku dengan papa Yoesuf sekeluarga..

Masa aku datang ke sini, pada 22-27hb march, dah hampir penghujung winter. Baru nak masuk spring. Tapi malangnya, bunga-bunga memang tak banyak yang berkembang lagi. Orang kata kalo nak datang kashmir, datanglah masa pertengahan bulan April-Jun. Bunga-bunga memang tengah blooming. Especially bunga tulips dia. Arggghh aku terlepas yang itu... sayang!


Kalau dah sampai ke Dal Lake, jangan lupa singgah ke Hazrabal Shrine. 

Info En. Wiki:
The Hazratbal Shrine Urdu: حضرت بل, literally: Majestic Place, also named Hazratbal, Assar-e-Sharief, Madinat-us-Sani, or simply Dargah Sharif, is a Muslim shrine situated on the left bank of the Dal Lake and is considered to be Kashmir's holiest Muslim shrine.
It contains a relic believed by many Kashmiri Muslims to be the Moi-e-Muqqadas, a hair from the head of the Islamic Prophet Muhammad. According to legend, the relic was first brought to India by Syed Abdullah, a descendant of Muhammad who left Medina and settled in Bijapur, near Hyderabad in 1635. When Syed Abdullah died, his son, Syed Hamid, inherited the relic. Following the Mughal conquest of the region, Syed Hamid was stripped of his family estates. Finding himself unable to care for the relic, he gave it as the most precious gift to his close Mureed and a wealthy Kashmiri businessman, Khwaja Nur-ud-Din Ishbari.
Well, sejauh mana kebenaran fakta di atas, hanya Allah yang tahu. Tapi masjid ini memang cantik struktur senibinanya. Masa aku datang, kubahnya sedang di-renovate. Adusss.. Tapi still, nampak unik dalam gambar. I like...


Apa yang aku paling suka tentang kawasan masjid ini adalah pokok-pokok lama yang dijaga di sekitar kawasan ini. Banyaknya memang pokok yang dah berusia la. Banyak batangnya dah hampir dua pemeluk. Memang feel lain masa berada di kawasan nie sebenarnya. Rasa aman, bunyi kicauan burung pulang petang dan sejuk.


Selepas habis meronda kawasan Hazrabal Shrine tue, hari sudah semakin senja..Jadinya, kami decide untuk balik ke rumah. Sepanjang perjalanan balik, kami menikmati suasana sunset yang sangat aman dan damai. Papa Yoesuf siap bancuhkan air teh untuk kami masa berhenti di tengah-tengah tasik untuk dia rehat seketika. 



Berjam-jam okeh dia mendayung dari rumahnya ke Shalimar Garden dan Hazrabal Mosque ini. Kami keluar dari rumah jam 2 petang dan sampai balik ke rumah dalam jam 9 malam. Bila kami sampai, memang dah gelap pekat malam.


Sampai di rumah, kami terus membersihkan diri dan turun kembali ke bawah untuk makan malam. Dinner di sini memang nasi. Cumanya nasi di kashmir nie memang yang kurang kanji. Makan la banyak mana pun, rasa macam tak terlalu kenyang. Lauk pauk nya juga berunsurkan sayuran dan pedas. Aku telan jea semua. Yang penting sedap tekak aku menerimanya. Dan aku bersyukur, family papa yousef yang aku menumpang ini memang baik dan ramah. Sikap keterbukaan mereka dalam menerima orang asing untuk duduk di kalangan mereka memang aku salute.

bedding
Malam itu kami tidur jam 10 malam. Badan terasa letih dan suhu semakin sejuk. Sepanjang aku di rumah mereka, aku tidur di bilik Aijaz. Takde heater..huhuhu pepandaile aku memanaskan badan malam itu. Kami dibekalkan dengan 5 lapis selimut tebal..memang cukup dah. Cukup untuk aku dapat tidur yang nyenyak untuk malam pertama di kashmir..

18 ulasan:

  1. Nampak tenang je ayor tasik tu yer...cantik.

    BalasPadam
  2. ayor memang tenang, + tak dak buaya!

    :-)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. baru perasan yg gmbr2 kat entry ni sume different colors. me likeyyy!!!

      JOM G NZ PULAKKK!

      Padam
    2. Warna2 senjakala..

      Jom NZ curry house?? ★☆★

      Padam
  4. ishkkkk tengok gambo je kena tutup mata.... tengok gambo je kena tutup mata.....

    cepat aaaaa kita jadikan ajerrr da kashmerun tuhhhhhh


    **haaaaaahambek tetiber aku bagi nama kan!

    BalasPadam
  5. hishh santek tp aku seram dgn tasik. bleh la dtg blk on april tgk bunga hihi. aku suka mkn naisk takde kanji. sedap and tak muak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade tulips garden terbesar di sana..sayang masa sy pi taman tue x buka lagi..

      Padam
  6. bestnya...!!!! tqs for sharing... cantik2 nya tempat kat kashmir ni..

    BalasPadam
  7. Wahhhh... cantek photo...ya dikatakan di dalam Masjid Hazratbal tu ada helaian rambut Nabi Muhammad, saya tak berkesempatan melihat ketika disana kerana masjid ditutup saya datang awal pagi, tetapi masih berpeluang tengok semasa di Lahore Pakistan....Pi musim sejuk lagi best kan....ya Kashmir memang cantek secantik wajah penduduknya disanakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy di sana masa akhir musim sejuk.. Masih cantik tp org kata pertengahan april hingga mei juga lagi cantik sebab musim bunga. Harap2 satu hari nsnti dptla sy ke sana lagi..

      Padam