Jumaat, 4 Mei 2012

NorthIndiaBackpacking 4: Kashmir - Dal Lake

Sambungan penceritaan dari SINI.

Aku sampai ke bumi Kashmir jam 10pagi. Suhu di waktu pagi memang agak sejuk. Jadinya keluar dari perut kapal, terus disengat suhu sejuk 5 celcius. Syiok!

Alright, agenda pertama apabila sampai Kashmir adalah untuk contact member Couchsurfing (CS) aku, Aijaz Anchari. Aijaz ni adalah member CS aku yang kedua selepas Kunwar. Lupa nak inform, bila aku sampai Delhi sebelum ini, aku terus beli SIMCARD prepaid nombor India. Senang aku nak berhubung dengan family aku dan kosnya lagi murah. Tapi bila sampai di Srinagar, Kashmir, line prepaid memang tak ada coverage di sana. Tanya punya tanya.. rupanya, hanya line postpaid jea yang bersiaran di bumi kashmir ini. huhhh. Harusla aku cari jalan lain untuk update perkembangan diri dengan family yang memang risau pasal aku kat sini.

Nways, since hp aku pon x boleh dipakai kat sana, aku pinjamla hp abg guard yang kerja di airport itu untuk contact member CS aku, Aijaz. Selepas mendapat direction ke rumahnya, aku amek prepaid taxi yang berharga 500 rupee dan perjalanan mengambil masa dalam 50 minit untuk sampai ke rumah yang dituju. Sampai di satu jalan mati dan berhadapan dengan tasik, aku terpegun dengan kawasan perumahan yang berhadapan dengan aku. Obviously, kalo nak ke seberang, hanya dengan titi yang ada di depan kami. WOW, this is so classic! 
yea, cantik gilak kan kan kan? Anchari residence.
Keluar dari taxi, kami dijemput oleh bapa kepada Aijaz. Rupanya Aijaz sekarang di Delhi. Dia bekerja di sana dan tak dapat balik ke Kashmir masa aku ada di sana. Hampeh betul. Tapi aku tak berapa kisah sebab dia ada bgtau yang dia ada seorang kakak dan adik perempuan yang peramah dan boleh jadi kawan sepanjang aku berada di kashmir nie.

Ayah Aijaz memperkenalkan dirinya sebagai Yousef dan minta kami panggil dia Papa Yousef. Dia ni seorang pendayung Shikara. Sampan klasik yang membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain. Sampai di rumah mereka, aku berjumpa dengan mak Aijaz, aku panggil Mama, dan adik bradik Aijaz yang lain, Rubina dan Turmina. Oh yea, datuk dia yang aku panggil Baba pun ada. Mereka menerima kami dengan lapang dada dan excited juga sebab selama nie byk kawan CS Aijaz adalah European, so bila diorang jumpe aku yang dari Asia dan Muslim pula tue, memang diorang terlebih gembira la pula. So sweet.
Papa Yousef n his pipe!
Selepas dijamu teh kashmir, kami dibawa ke bilik tidur kami. Wahhh memang luas. Katil memang takda sebab mereka yang ada di rumah ini memang tidur di atas tilam di lantai. Haih teringat aku kat kampung yg memang masa raya, berderet tidur atas toto memasing. :-) Tapi aku memang tak kisah, asalkan accommodation FREE! :-)

Lunch kami dijamu dengan nasi dan lauk traditional kashmir. SEDAP dan konfem tak cerry berry! Selesai makan, maka bermula CERITA SEBENAR kami di Kashmir. As kami akan menginap di rumah dia selama 5 hari, maka pelbagai travel pakej yang dia suggestkan pada kami. Serious, aku terkedu. Ada sedikit unsur desakan, tapi banyak yang aku tolak secara berhemah. Kehidupan diorang di sini memang agak terdesak sebenarnya. Peluang pekerjaan tak banyak. Dua anak perempuannya graduate dari univerisiti, tapi menganggur, tak dapat kerja. Untuk keluar dari Kashmir dan mencari peluang pekerjaan di luar kashmir memang TAK AKAN DIBENARKAN kepada mana2 anak perempuan di sini. Anak lelaki ade sedikit kelonggaran, pasal tue Aijaz boleh kerja di Delhi. Jadinya sebagai ketua keluarga, memang Papa Yousef bergantung dengan pelancong yang datang ke Kashmir ni.

Sebelum aku datang ke kashmir nie, memang aku ada buat research sikit dan hasilnya hanya beberapa tempat jea yang aku nak pegi dan aku takkan cover semua. Jadinya memana travel pakej yang kena dengan destinasi yang aku nak pegi, maka aku setuju untuk ambil dengan dia. Aku try compare rege pakej papa yousef dengan memana hotel di sini memang berganda murah la pakej yang ditawarkan oleh papa yousef nie. Bincang punya bincang, maka at last aku bersetuju untuk ambil pakej jenjalan dengan papa yousef,
Day 1: Half day Shikara Ride at Dal Lake+Mughal Garden+Hazrabal Mosque
Day 2: Tour to Pahalgam (4 jam perjalanan dari Srinagar)
Day 3: Tour to Sonamarg (3 jam perjalanan dari Srinagar)
Day 4:Tour to Gulmarg (2 jam perjalanan dari Srinagar)
Memang jauh-jauh tempat yang aku nak pergi masa di Kashmir ni. Kebanyakannya berjam-jam dari pekan Srinagar. Dan untuk 4 hari tersebut, pakej travel kami adalah dalam 9,000 Rupee (RM576). Kalo bahagi  untuk 2 orang, dalam RM288 seorang. Pada aku dah sangat okeh dah sebab itu aku kira termasuk penginapan dan makan minum kami yang konfem selesa dan sedap dimasak oleh anak perempuan dia, Rubina.

Setelah selesai sesi negotiation, kami terus bersiap untuk Shikara Ride di tasik yang paling glemer di Lembah Kashmir ini, the one and only, Dal Lake.

Di antara rumah yang ada di tepi tasik Dal. Agak daif sebenarnya pada mereka yang duduk di sini..
Banyak bunga teratai dah layu masa nie..
Hahaaa konon nak tolong, tp pancit pula..
Basuh baju di tasik kak? Tapi rasanya air tasik nie tak berapa nak bersih sebenarnya..
Marbelesssss
Tranquility..
Bajet kaki mengada kami!

Houseboat @ Dal Lake

Kingfisher

Kashmir Kali!
Mountain background!
akan disambung kemudian!

41 ulasan:

  1. omg!!! gmbr first tu sumpah cantikk gilerr mcm lukisan!

    eh, dh mcm dayang istana dh ko ni tgh dayung sampan. kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. johhhnnnn! i miss u!! ehh tetiba!

      aku konon dayung nak melawan mabuk bot aku mase tuh...pening sunguh. tp memang kene tolong pakcik neh sebab berjam2 dayung tanpa henti, serious kesian..

      Padam
    2. ko mabukkk bot??? ohmaiii teruk giler kemabukkan ko nh! bukannye naik bot besar punnnnnnn....hahaha. berjam2 dayun? jauh ke tempat yg dituju?

      jomla jumpaaa!!! hahah

      Padam
    3. mmg teruk kalo mende2 gerak atas air nie..korang bersedia jea la gk aku layu mase redang nanti yea..

      jauh juga la pakcik tue berdayung 2 jam kot nk sampai tmpat yang dituju,,mmg cekal pakcik tue berdayung tetiap hari..

      Padam
  2. Memang double sumpah cantik! Macam poskad gambar 1st tuh!

    BalasPadam
  3. saja nak bagi orang jeles... benci lah!

    BalasPadam
  4. Serious jeles. Ahahaha

    Eh, gambar tu lah yg u post kat FB yang saya & Hanie kata takmau gi India..ahahah

    Saya dlm proses baca pasal Kashmir kat blog ni: http://yan-yanjournal.blogspot.com

    And now akan baca siri u pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kashmir dan india memang berbeza dari semua segi.

      saya plan nak repeat kashmir satu hari nanti, byk tempat yg saya x cover lagi hari tue, especially dekat srinagar sendiri.. :-)

      seronok bace entry kak yan tue pasal kashmir...dah rindu dah jadinye!

      Padam
  5. salam

    nice picture dgn landscape yg begitu indah dan menarik

    kalau bapak yg naik sampan tu, mau terus lelap hehe

    BalasPadam
  6. Wow tanak puji gambo!
    *jeles*

    WOW bergayanya papa tu! (tetibe - Sebab taknak puji gambo)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lerrrrr

      ko punye pix lagi melotup kan kan kan

      Padam
  7. cantik view, sangat klasik gambar first macam lukisan.


    zany

    BalasPadam
  8. Cantinya gambar2 yang dirakam. :)

    BalasPadam
  9. marvelous gile kot tempat ni...KAN!

    BalasPadam
  10. subhanallah cantik gila semua pics...!!! tqs for sharing..

    nak pi kashmir, nak pi kashmir..!!

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. lily..

      make sure next year u pegi sana....pgi masa autumn/spring/summer

      Padam
  12. Lawa! Kalau pi India next time mmg nk ke Kashmir dan kawasan sewaktu dengannya jer.. Huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan,

      kalo u sampai india, memang wajib u lajak ke kashmir tau..berbaloi2..

      Padam
  13. sume gambo cun
    relection kat tasik pun cun
    tenang sangat222222x
    ....kashmir...
    mmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tenang kak anashhhhhh..

      kalo tavelholics ke sana memang boleh gamat dal lake itiew!!!

      Padam
  14. arghhhhhhhhh tidak tidakkkkkkkkkkkkkkkk

    Lepas aku tengok gambo nombor ketiga yang memang mabeles tu, terus baca entri ko sambil tutup mata! erk!??!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. make sure tutup mate tp ade ruang untuk intai jugak kikikik ;)))

      Padam
  15. wah terkesima aku menatap gambar-gambar ini!

    BalasPadam
  16. Kamera yang baik memang sangat perlu untuk merakam dan menghasilkan gambar secantik photo-photo diataskan. Cantek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..sy pakai camera compact canon..:)

      Padam
  17. Nice pics...pandai u tangkap gambar... memang teringin sangat nak ke Kashmir ni

    Hana

    BalasPadam
  18. Salam.

    Owh.. family Aijaz ni kire macam tour agent dlm diam la yer. hermm.. okey. saya dah noted harga yg diorg offer awak tu.

    rasanya.. ramai CS kat sana yg offer kite etc etc tu semuanya bermodus operandi yg sama kot. tp saya rasa mcm safe je kan klu stay ngan family dia (my case - sy akan pergi sorang2!) nanges~~

    ada apa2 tips tak? agak2 dia leh kasi kurang tak sebab saya kan sorang... huhu.

    ape ek cara nk berbaik2 ngan depa supaya depa kesian pulak dekat saya yg sebatang kara nanti ni? risau nye lah kalau kena ketuk.. huhu

    -Fiza-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup family aijaz ni mcm tour agent la. there no such things for free nowadays. having said that, memang sgt selamat stay dengan aiyaz famili ni. DAN pakej yang dia offer sgt murah berbanding travel agent di sana. so just go for it!

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. assalamualaikum..saya nk tnya klau menggunakan jln darat utk ke kashmir mengambil masa berapa lama?? lg satu klau nk ke kashmir menggunakan kereta api..saya perlu ke station yg mn satu di new delhi dan klau blh berikan saya tip lg bagus..

    BalasPadam
  21. pakej jenjalan dengan papa yousef,

    Day 1: Half day Shikara Ride at Dal Lake+Mughal Garden+Hazrabal Mosque
    Day 2: Tour to Pahalgam (4 jam perjalanan dari Srinagar)
    Day 3: Tour to Sonamarg (3 jam perjalanan dari Srinagar)
    Day 4:Tour to Gulmarg (2 jam perjalanan dari Srinagar)

    macam mana nak contact.. saya nak ke kashmir bln 2 /2016..

    boleh bantu saya

    BalasPadam
  22. Hello..sya Dari bandung.Indonesia..rencana ke Kashmir march 2016..sudah beli ticket. Boleh Bantu bagaimana cara dapet contact papa yousef? Ttimaksih

    BalasPadam