Selasa, 15 Mei 2012

NorthIndiaBackpacking 6: Kashmir - Pahalgam

Ini adalah sambungan entri dari SINI.

Hari kedua di Kashmir, Pahalgam merupakan destinasi kami seterusnya. Pahalgam terletak di sebelah Timur Kashmir dan berada di dalam daerah Anantnag. Agak pedalaman kawasan ni sebab perjalanan mengambil masa dalam 3 jam juga dari rumah papa Yousef.


Sebelum keluar berjalan, kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Roti nan keras yang dicicah dengan teh tarik. Teh tarik di sini memang lain dari di Malaysia sebab tehnya dicampur dengan garam dan susu lembu. Yes, no sugar. First time aku nampak teh kaler ala teh tarik terus aku excited nak rasa. Then bila rasa, terus terkedu. of course rasanya pelik, asal la teh tarik nie rasanya MASIN?. Hahaa rupanya, minuman yang aku anggap teh tarik itu adalah untuk diciciah ngan roti dan sometimes diorang minum juga. Atas sebab, tekak aku tak boleh nak terima teh tarik masin itu, maka Rubina sediakan teh lain, dia buat teh o panas perisa cinnamon. Hehee baru boleh telan.


Selesai perut diisi dengan sarapan yang agak simple, kami meneruskan perjalanan dengan ke Pahalgam. Kami bertolak jam 10 pagi juga la.. Driver kami untuk hari itu adalah Uncle Ghulam Rasul. Sepanjang perjalanan, pemandangan ladang bunga yang digunakan untuk membuat sesame oil terbentang luas. Pokok-pokok bunga baru nak naik. Belum lagi full bloom tapi still, sedap mata memandang..


Selain ladang bunga kuning yang terbentang luas, kami juga dihidang dengan pemandangan asyik gunung ganang yang dilitupi salji. Perjalanan ke Pahalgam melalui jalan bengkak bengkuk menaiki kawasan pergunungan. Agak pening juga macam nak naik Cameron Highlands. Cuma pemandangan lain la kan..hehee. suhu di luar pun semakin sejuk..


Sampai pekan Pahalgam, keadaan pekannya agak tidak terurus. Kawasannya berbecak sebab banyak salji di pekan Pahalgam yang sudah cair. Pemandangan memang kureng sket la. Rumah-rumah di kawasan tersebut memang agak daif. Population di Pahalgam ini dalam 6000 orang sahaja. Separuhnya dalam 56% adalah lelaki dan selebihnya perempuan. Kadar keupayaan membaca, literacy rate adalah 35% sahaja. Sebab kehidupan yang agak daif, banyak kanak2 di sini yang tidak berkesempatan untuk bersekolah dan kesannya kebanyakan mereka tak tahu membaca. Hanya parents yang berkemampuan jea yang boleh hantar anak ke sekolah. Kesian..


Oleh sebab pemandangan di pekan Pahalgam tidak begitu memberangsangkan, maka aku ajak driver kami naik sikit ke atas dalam 14 kilometer lagi ke Chandanwari. Chandanwari nie tempat berkumpul bagi Amarnath Yatra. Setiap tahun di antara bulan Julai ke Ogos, orang Hindu ke Buddha, tak berapa ingat yang mana satu akan berkampung di sini untuk upacara keagamaan. Kami naik ke atas sampai ke hujung jalan. Then patah balik. On the way turun tue, kami singgah di satu tempat best yang aku nampak dari jauh putih jea saljinya. Aku tanya driver tue, boleh ke kami nak singgah sekejap ke tempat tue, then dia kata tak sure sebab sebelum ini jalan yang kami lalu tue tutup sebab salji tebal. Tapi kami proceed jea singgah ke sana. And yes, kami membuat keputusan yang tepat sebab tempat itu sangat santekkkkkk!

Bila kami sampai di sana, orang memang tak berapa ada. Ada sorang dua jea. Since kami hanya berdua dan dua2 pun perempuan, agak cuak juga la. Takut kena culik ke apa ke. Tapi alang-alang dah sampai, explore jea la. Driver memang tunggu luar jea.

Salji di kawasan tue memang banyak lagi kalo nak compare dengan yang ada di pekan Pahalgam. First time la aku merasa  pegang sendiri salji. Hahaahaaa peghak kan kan? Excited jangan cakap la kan.. Rasa macam nak guling-guling macam citer hindustan aja.. dah la takde orang.


Tempat nie takda nama yang boleh aku petik. Serious, aku cari juga apa nama tempat nie tapi takde. So in case kalo korang ke Pahalgam, ajak driver naik atas sikit dalam 14 km lagi untuk sampai tempat nie ok. Dekat kawasan itu ada juga servis untuk sewa baju tradisional Kashmiri.. Aku macam interested jea nak cuba tapi kawan aku nie dia x mau. Tak hygient katanya. Setelah aku pilih kaler yang aku suka, which is RED, maka aku pon pakai la..Luaran jea pun. So far takde apa2 jadi kat kulit aku sampai sekarang. Heheee selamat jaaa. Disebabkan hanya ada aku dan Baby jea masa tue, nasib baik juga, maka takde la segan nk bergambo bagai. hahahaa memacam aksi, tp aku simpan gaya stok perempuan kashmir terakhir tue utk diri aku sendiri jea la.. ;)


Kami ambil masa dalam 3 jam di tempat itu. Explore sampai puas. Kawasannya memang agak besar dan luas. Dengan background gunung ganang yang ada di sekeliling tempat itu, memang membuatkan rasa sayang untuk ditinggalkan. Adusss... 

Dengan berat hati, kami perlu teruskan perjalanan balik ke Srinagar. Pada laluan keluar, kami singgah kejap beli shawl. Murah jea untuk panaskan badan, suhu makin petang makin sejuk. Hidung kawan aku, Baby nie pun dah start berdarah..huhuhu tak sedar diri kan main salji sampai hidung berdarah kesejukan.. On the way balik, kami makan makanan yang dibekalkan pada kami oleh Rubina. Lauk-lauknya simple, based sayuran. Tomato, carrot and green bean. Makanan kashmir nie aku suka sebab pedas2. Mungkin sebab untuk penebat badan kot since cuaca di sana memang sejuk..


Sampai di Srinagar waktu dah hampir malam. Uncle Ghulam bawak laju la juga petang tue. Pening-pening dibuatnya. Perjalanan balik dalam 3 jam juga termasuk traffic jam di pekan Srinagar.

So far aku memang enjoy trip ke Pahalgam nie. Sangat cantik! Uncle Ghulam kata, waktu Spring dan Summer lagi cantik sebab rumput menghijau dan bunga-bunga berwarna warni kembang mekar.. Saje jea dia nak racun aku untuk datang lagi la tue..:-)


Malam itu masa waktu nak mandi lektrik takde. Huiii, mandi tanpa ada heater memang macam mandi dengan air AIS. GIGIL...tp kena mandi juga sebab seharian berjalan dan main salji...Gagahkan diri juga dan dengan sukses kami berdua tahan kesejukan malam itu.

Makan malam kami makan lauk yang sama dibekalkan dengan kami masa siang tadi. Nasi aku banyak juga la aku tambah sebab ada additional lauk ayam. Masa dinner tue, berborak juga la pasal Rubina yang akan berkahwin pada bulan September nie. 

Aku tanya juga la pada Rubina, macammana dia kenal bakal suami dia, boifren dia ka? Sah-sah la bukan boifren. Dekat Kashmir nie 85% perkahwinan diatur oleh keluarga. Tiada konsep gerpen boipren di sini. Tak dibenarkan sama sekali, especially bagi anak-anak pompuan Uncle Yousef nie. Even nak bercerita pasal tunang dia depan bapak dia pun tak dibenarkan. Serious strict Uncle Yousef nie. Tapi so far, walopun perkahwinan dia diatur family, tp dia memang suka kat bakal suami dia tue. Jatuh cinta pandang pertama masa jumpe hari bertunang diorang awal tahun hari tue. Aku memang impress dengan tahap ketaatan dia pd parents dia.

Malam itu, selepas tgk filem Hum Sath Sath Hay, kami tidur nyenyak sambil berangan-rangan untuk misi esok hari ke Sonamarg pula..

Akan di sambung kendian!

43 ulasan:

  1. Syukur ada kawan2 yang dapat menceritakan pengalaman mereka, bolehlah kakcik tumpang baca. Jangankan ke Chandanwari, nak ke Bukit Chandan di Kuala Kangsar pun jarang sekali... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe kak cik, InshaAllah next year turn kak chik pula..mana tau, rezki turun ke sana pula..

      Padam
  2. Sakan posing ya dgn traditional dress tu :) Such a rare experience tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah..very rare..

      waktu tu xde org lain kot..ape lagi..keluar tanduk tetibe.. ;)

      Padam
  3. Rupa roti nan dia pelik ..macam waffle pun ada :)

    Kesian baca kisah org pekan Pahalgam tu..patutnya Gomen mereka bangunkan lah kawasan tu, buat pusat ski ke, apa ke..boleh la beri peluang kerja kat mereka, at least

    BalasPadam
    Balasan
    1. saiz dia kecik jaa..keras dan liat..bole imagine..

      kene rendam dalam teh tarik masin baru sedap..:-)

      Pahalgam tue memang tourist area, esoecially masa summer, tp entah macammmana kebajikan penduduk ditinggal macam tue jea..kesian tau diorang.. budak2 mengemis minta duit..Ya Allah..sedih sgt..dah la memasing comei muka macam mat salleh.. saye sedekah le mana yg mampu hari tue..

      Padam
  4. Omaiiii
    Lawanya bunga bungaan tu!!!
    kagum!

    BalasPadam
  5. patut la orang sana berkenan, cantik ha pakai camtuuuu! hehehe! dah rupa nz plak aku tgk gunung-ganang tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehehheheheee tang berkenan tuh susah nk explain ;p

      snow cap on mount tue mmg ala2 nz kot (x penah sampaui nz lagikkkkkk,,,nk nangesss ;p)

      Padam
  6. padang bunga kaler kuning tu sumpah cntikkk gilerr!! langit pulakk biru wehh. kalo aku dh berlari2 dh dlm padang tuh! hahah

    jom pegi kashmir!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. i bole imagine kalo i pegi ngan travelholics. oh maiiiiii mesti best!!! dah la u all pandai amek gambooooo!!!

      i gi balik kashmir 2 bulan lagi. oopsss!

      Padam
    2. opssssss.... pesal larrrr aku gatai pi baca reply orang lain nyer komen! hahahahahhahaa..... aku nak double opsssss larrr

      Padam
  7. superbbbbbb view yg ada salji dan batu batu tuh!!!! mmg korang beruntung!

    dat's the beauty of exploring dgn bantuan org tempatan. sebab selalunya kalau refer on what's on map je kita akan terlepas byk lagi port yg best best yg takde tulis dalam map. ohsem!

    *last kite jumpa masa snowhite, ingat dak? ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. harus le ingat!!! cite yg klakor tuhhh hua hua hua

      buat itin sendiri dgn bantuan local people lagi terbaik! :-)

      Padam
  8. Salam Dik MAz

    Memang santek kalau guling2 kat kebun bunga tu...di musim bunga....
    Bagus dapat bergambar dengan pakaian tradisi deme....kalau akak pun akan pakai jugak buat kenangan dan guling2 sekali atas salji tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheee guling2 atas salji pon ade kak..memacam post pelik n syiok sendiri ade tp simpan heheee x bleh letak sini karang ade yg muntah..heheeeee :-)

      Padam
  9. Ni yg buat nak gi kashmir membuak2 ni..ish2...cantiklak tuuu..all year round ke snow?

    BalasPadam
    Balasan
    1. snow on top of mountain, all year round! yg di kaki gunung sumer mencair bile nak masuk summer.

      Padam
  10. bunga kuning tuh mcm bunga sayur sawi...
    cantik plak bila dah kumpul byk satu ladang
    snow???? patut buat aksi baring pastu dok kepak2 kaki n tangan mcm patrick member spongebob buat....(ops..unsur cartoon terselah di situ)...
    heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehehehhehehehehe

      next time pegi, i akan buat plak aksi itu okeh ;)

      Padam
  11. jiran rumah lama kami dulu penjual perabot dari kashmir. depa ajak kami pi kashmir tapi masa tu AA takde route ke India. Dok congak tambang MAS sampai ke sudah tak pergi. Now kat mana tah depa. Kalau ada orang kenal, mudah sikitkan, takut kena tipu je kat sana.


    zany

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org kashmir buleh percaya lagi inshaAllah. Tawakkal jea n put all de worrying thingy aside. Or else u wont go anywhr. Tp hati2 memang kena selalu..x bleh leka..

      Padam
  12. Yeayyyy sampai sudah entri main salji! Salju dihati ku sebab tak dapat lagi main salji.... Errrrk salju-salji???

    Langit biru berlantaikan bunga kuning nyala, nala cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. salju di hati kamu..? ehehehhe sape yg nak tulunnn??

      Padam
  13. Ya cantik photo...tentu beribu lagi photo2 yang lagi cantik tersimpan dalam album kan...buat kenangan masa depan kan. Berani ya berdua aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak betul pix..memang mata juling-juling nak pilih yang mana satu..

      :-)

      Padam
    2. Haha... tak pa biar sampai juling hehe

      Padam
  14. nak pergi sana jugaaakkk...!!!! tqs for sharing dear...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak dtgla sana nanti..

      View cantik n travel cheap. Perfect combination.

      Padam
  15. ish! you nye blog header lawa dah... jgn tukar, i marah nnt. HEHHE....

    i dah tulis kashmir in my list!

    btw, yg kuning tuh... dlm cite fav i tau. masa i nampak kat trip india dulu, i jerit soh kete stop.... gile bangang! sbb nak tangkap gambo feel2 SRK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mase i dtg pokoknyr x panjang lagi....

      Tp bole la nk feel2 hindustan...huhuhuu

      Padam
    2. Ps: u pegi on early april onwards tau. Tulips blooming dat time... I x sempat yg itu...

      Padam
  16. salam..
    nak tanya.. macamana awak boleh tido/stay kat rumah papa yousef tu?

    saya akan ke Kashmir next month dan sendirian berhad.. tengah mencari2 siapa dan bagaimana corak perjalanan saya nanti.. huhu

    -Fiza-

    BalasPadam