Rabu, 10 Ogos 2011

Al-Quran by Heart

Baru kelmarin aku tertengok satu dokumentari pasal Pertandingan Menghafaz Al Quran yang diadakan di Mesir dekat YouTube: Koran by Heart.

Peserta-pesertanya adalah dari pelbagai negara. Pelbagai latarbelakang kehidupan. Berumur 7 tahun hingga 20 tahun. Dalam YouTube:Koran by Heart tue, dokumentarinya ada dalam 6 part. Tapi part yang KEDUA yang paling aku kira, menyentuh perasaan sikit. Mengalir juga air mata dibuatnya. Dengar bebudak ini membaca Al-Quran secara hafalan, dengan penuh keyakinan dan berlagu indah, rasa sayu. Peserta2nya memang sangat muda tapi, merupakan seorang Hafiz dan Hafizah. SubhanAllah.

Membandingkan diriku dengan mereka semua, alangkah jauhnya aku ketinggalan di belakang..

Cuba korang tengok di SINI

Betapa besarnya salah satu keajaiban Al-Quran itu.

10 ulasan:

  1. Dulu omputih jadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan.Dalam Al-Quran macam-macam ada.

    BalasPadam
  2. bestnya kalau ada salah sorang anak saya berminat nak masuk tahfiz...

    BalasPadam
  3. bila kita semakin mendekatiNYA, terasa semakin kecil je kita

    BalasPadam
  4. @cik Ina DDC:

    memang pun kak, macam2 ada dalam al quran itu..

    BalasPadam
  5. @kak syida:

    betul tue, kite ni sgt kerdil kak..

    BalasPadam
  6. SALAM,
    TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI. N3 YG AMAT BAIK. SELAMAT BERPUASA. MARI KITA PULA BACA AL QURAN

    BalasPadam
  7. salam kenal....

    terasa diri ini sgt kerdil....huhu

    BalasPadam
  8. @uncle lavender:

    jom jom, tadarus kite..

    BalasPadam
  9. @papa mitz:

    salam kenal.

    mmg kerdil pon kan..

    BalasPadam