Khamis, 4 Ogos 2011

Tunjukkan jalannya..


"Ya Allah,
Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu, dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu. 
Aku meminta dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka sesungguhnya engkau berkuasa, aku yang tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya Allah,
Jika kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,

jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya,

tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
Dikala hati ini buntu, diharap doa ini dapat memberikan petunjuk yang terbaik..

Ameen.

9 ulasan:

  1. benar MZ, saat susah senang kita, sandarkan saja pada Allah yang Maha Esa.
    semoga beroleh petunjuk
    semoga apa yg dicari diberi oleh-Nya.

    BalasPadam
  2. dan sekarang di bulan penuh barakah, sentiasa lah kita mohon pada Nya

    BalasPadam
  3. SALAM,
    AMIN, AMIN ! MENDOAKAN YG TERBAIK UTK MZ.

    BalasPadam
  4. @miss nina+daddy Z+musollaehsan:

    terima kasih.. :)

    BalasPadam
  5. aminnnn...


    abg jonni

    BalasPadam
  6. selamat berpuasa :D
    semoga kita diberikan kekuatan utk meneruskan perjuangan sehingga 30 ramadhan

    BalasPadam
  7. Tak de tempat lain lagi nak mengadu dikala senang dan susah , mas hanya dialah tempatnya.semoga Allah SWT makbulkan doa ko .Amin.

    BalasPadam
  8. @MDT:

    selamat berpuasa juga utk you!

    BalasPadam
  9. @kak Ina DDC:

    Ameen, tenkiu..:)

    BalasPadam