Ahad, 13 November 2011

Experiencing South Korea, Day 8, Part 2-Sangumburi Crater

Sambungan kembara dari SINI.


Dari Manjanggul Lava Tube, kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi Crater. Sebenarnya tempat nie memang takde langsung pun dalam list aku sebelum ini. Tapi pakcik teksi, Mr Jang bermatian suruh kami singgah ke Sangumburi. Dia kata sangat rugi kalo dah sampai Jeju tapi tak singgah Sangumburi. Jadinya, aku pun ok jea la...kalo tak best, memang aku bakar teksi dia. haha


Dalam perjalanan ke Sangumburi, kami lalu kawasan pantai yang nampak tenang di sepanjang tepi jalan. Lepas tue tetiba ternampak Windmill dekat situ. Secara otomatik, aku minta Mr Jang brenti jap.


Aku tak sure nama pantai nie apa. Tapi air dia memang kaler hijau biru la..Aihh geram jea aku tengok. Rasanya mau gak aku lompat masuk air. Tapi sebab baju mandi memang tak bawak, maka aku main-main air jea la kat situ. Walaupun dah nak masuk musim luruh, air laut kat situ masih lagi suam-suam. Memang seswai kalo nak mandi manda dan piknik. Angin memang kuat di kawasan itu.


Dari pantai itu, kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi. Perjalanan ada la dalam 30 minit untuk sampai ke sana. Entry masuk tempat ini dalam 3,000KRW. Tengok dari luar memang macam biasa jea. aku bajet macam kawah biasa2 jea.


Tapi bila masuk ke dalam lagi, SubhanAllah...tak terkata aku. Patutla Mr Jang bermatian suruh aku masuk gak Sangumburi Crater neh. ok, aku takkan bakar teksi dia!

Sangumburi merupakan salah satu bekas kawah gunung berapi yang dah mati dan sekarang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang subur. Route untuk sampai ke kawah itu juga sangat "asik" untuk dinikmati sebenarnya. Cerun  yang nak didaki tue landai jea dan ambil masa lebih kurang dalam 5-7 minit.


Pavement pathway dia memang terbaik sebab ada sesetengah tue diletakkan rubber mat. Sedap jea berjalan kaki atas tue. Berjalan kaki menaiki cerun yang singkat membawa kami ke satu platform untuk menikmati pemandangan di situ. Mount Halla memang jelas nampak dari sini. Banjaran gunung berapi yang lain pun nampak juga..Ohh memang ollalallalalla!


Alright dari platform atas tue, kita akan nampak juga kawah Sangumburi itu. memang besar dan nampak macam stadium semulajadi. Kedalaman kawah dalam 130 meter dan pokok2 yang ada dalam kawah tue nampak macam padang rimbun permainan kanak-kanak. macam carpet pun ada juga. Diameter kawah tue dalam 650 meter, ukur lilit dalam 2070 meter. Jangan tak tau, aku bawak measuring tape skali tau mase ke sana ;p.
 
Kawah Sangumburi adalah lebih besar daripada kawah di puncak Gunung Halla (puncak tertinggi di Korea) dan memang seswai dengan diberi nama "Sangumburi" yang bermaksud 'kawah gunung'.


Kawasan kawah dan ke dalam memang tak dibenarkan masuk atas tujuan conservation. Anyhow, orang masih boleh enjoy pemandangan yang ada dari atas. Kawah tue memang penuh dengan pelbagai jenis  pokok renek; termasuk magnolia, pokok-pokok pain, dan Maples. Diorang kata Rusa Jeju pun dok dalam kawah tue dan kawasan sekitar. Ada mitos pasal Sangumburi ni kalo nak tahu:
"Legend of Sangumburi
The crater is indeed a sanctuary for Jeju’s timid wildlife. There is even an ancient Jeju legend about the crater tied to its animals. Long ago, Jeju people believed, two young, star-crossed lovers lived in the crater. Maljatddal was the daughter of one of the gods of Jeju and her lover was Hangam, or Hanbyeol, a star that she fell in love with. Her father did not approve of the match and they ran away to live inside Sangumburi. They were happy together for a time but Maljatddal eventually left Hangam, who stayed behind to tend the craters many animals. The people of Jeju honor Hangam as a guardian of the island’s animals and as a guardian of hunters. In the past they performed shaman ceremonies at Sanbumguri to ask the gods, and Hangam, for good hunting."
Source: Buku Sejarah

Selain dari legend yang ada, pemandangan keseluruhan tempat nie memang indah laaaa. Flamegrass kaler pink purple dia memang terbaek la. Adoi...rasa macam nak terjun jea masuk kawasan lalang2 tue dari atas. Lalang-lalang tinggi ini dipanggil Eoksae. Bila angin kuat jea, Eoksae ini pun ikut berayun dan menghasilkan wave yang cantik dan bunyi-bunyi nyaman. Ok, sekarang aku berangan teringat kat sana....


Dekat dengan laluan keluar tempat nie ada deretan dan susunan batu unik kat sana. Walaupun aku suka batu, tapi aku x brani songlap batu yang dekat sini. Hehee aku tengok gak tempat kalo nak kutip pun. huhuuhu


Batu-batu di susun ke atas. Simboliknya, setiap batu itu disusun dengan membuat wish di dalam hati. Diorang percaya, impian tue boleh terlaksana bila disusun lagi tinggi.. Ok aku tak join sebab memang tak percaya benda2 karut neh. Tapi sesiapa nak cuba pun buleh..:-)

Me and my beloved camera. kecik jea..x bleh nak celen ngan kengkawan punye DSLR..
Abaikan muka ngan tudung terherot aku tue, fokus pada Mount Hallasan yang dekat belakang tue..
Kami ambil masa dalam 2 jam lebih di Sangumburi Crater. Selepas itu kami terus ke Mini Mini Land atau Miniature Land yang terletak bersebelahan dengan Sangumburi ini.


Akan disambung kendian....

26 ulasan:

  1. @kemang:

    kan kan...secare otomatik..aku masih berangan kat sana lagi...

    BalasPadam
  2. cantek~
    sume view kat sane pun breathtaking sy rs
    'seminggu kt jeju br ckp' ujar satu msian family yg ktorg jmpe kt epot
    mengimbau kenangan tul bc blog akak...hehehe
    mode:msh terkenang2 jeju.

    -ajlaa-

    BalasPadam
  3. @ajla:

    jom berangan utk dtg lagi nak? :-))

    BalasPadam
  4. sy mmg dh berangan dh kak...hehehe
    xpe kan kalo berangan je. mane tau jd kenyataan
    ade rezki kte ke jeju lg insyaALLAH :)

    -ajlaa-

    BalasPadam
  5. salam..semua pokok-pokok kat Sangumburi including yang dalam kawah tu memang tumbuh all year round ke ikut musim jugak?

    zana

    BalasPadam
  6. @ajla:

    hhahahahha x berdosa kalo berangan pasal nie. :-)

    BalasPadam
  7. @zana:

    kalo masa winter, kawah tue akan dipenuhi salji. yang lalang2 kaler pink purple tue x sure. tp masa spring+summer lagi cantik la kot..

    BalasPadam
  8. @SKTT:

    itula..terkedu bile tengok first time ari tue..

    BalasPadam
  9. @cik anne:

    itula, kebetulan lalang ada kaler pula masa tue..:-)

    BalasPadam
  10. woooowww...mmg tak terbakar la teksi kalau view cenggini. heheh!

    BalasPadam
  11. cantek gilos.... u gi bulan brapa yek? sbb lalang tuh cantek.

    BalasPadam
  12. lalang pun cantek...kalo kat mesia, tak kesior neman nak menengoknyerrrr...

    BalasPadam
  13. @GB:

    hahaha aku sgt berterima kasih kat pakcik teksi tuh! :-)

    BalasPadam
  14. @lily:

    pegi akhir bulan 9. kaler lalang nie rasanya sampai tengah bulan 10 kot..

    BalasPadam
  15. @biqque:

    hahahahah tahu takpe. tp ko penah pegi broga tak? lalang dia pon cantik gak, cuma takde kaler la..

    BalasPadam
  16. aku bukit/gunung mmg tak panjat sebab aku penakut pacat/lintah/ular! eeeeeeiiiiiiiiiiiiiiii mau aku lari pecut 100km seminit kalo terjumpak satu!

    tapi tu ar, teringin gak orang dok gi broga hill ni kan...cam senang2 jer katanya nak sampai...

    *pause*

    eiiii tanak lah! biar aku layan lalang kat page ko ni jer :D ko membuatkan aku nak ke jeju la...haihhhh!

    BalasPadam
  17. @biqque:

    kat broga takkan ada pacat or lintah! jgn riso..naik bukit pun x berapa susah sgt. ajak jea geng ko ke sana. santek tau!

    in case next time ko ke korea, make sure ko langkau ke jeju skali. memang berbaloi sampai ke sana.

    BalasPadam
  18. Ini rupanya eh Sangumburi Crater tu...barulah aku tau. Santek dan menggiurkan.

    BalasPadam
  19. @janggel:

    yes..bile dengar nama macam x commercial, tp bila masuk tenganga~ impress!

    BalasPadam
  20. subhanallah cantiknye dik oiii :D

    BalasPadam