Rabu, 20 Mac 2013

NorthIndiaBackpacking 17: Jaipur, Rajashtan (City Palace)

Hi!

Aku sambung kembali entry India aku di Jaipur. Ini adalah sambungan dari 

NorthIndiaBackpacking 16: Jaipur, Rajashtan (Isarlat-Hawa Mahal)


Kami habis membeli belah dari kedai kain di Jaipur dalam jam 1 tengahari. Hari semakin terik tengahari itu. Namun, perjalanan harus diteruskan memandangkan kami hanya ada satu hari ini sahaja untuk menjelajahi bandar Jaipur yang besar itu.


Memandangkan hari itu adalah Hari Jumaat, maka Jai, CSer aku tue perlu menunaikan Solat Jumaat  di masjid berdekatan. Jadinya, dia terus menghantar kami ke City Palace dan meninggalkan kami di situ dan berjanji akan kembali setelah 2 jam.



Pintu Gerbang City Palace

Ada apa dengan
City Palace Jaipur ini?

Honestly, aku tertarik untuk menjengah juga City Palace ini setelah Lily Globetrotter menggambarkan betapa cantiknya interior tempat ini sebelum aku berangkat ke India.

Tiket masuk ke City Palace ini agak mahal, dalam 300 rupee. Namun, setelah aku masuk ke sana, melihat sendiri ukiran-ukiran yang ada di dinding setiap ruang di situ, maka setiap rupee yang dikeluarkan terasa berbaloi.


City Palace, adalah sebahagian dari kompleks istana Jaipur yang terdiri juga daripada Chandra Mahal, Mubarak Mahal dan beberapa bangunan yang lain. Kawasan ini adalah tempat di mana Maharaja Jaipur, ketua puak Rajput Kachwaha dan sanak saudaranya duduk. Chandra Mahal istana kini menempatkan muzium tetapi sebahagian besar dari kompleks ini masih merupakan kediaman diraja.











Bangunan merah bata seperti di atas ini adalah Chandra Mahal atau Chandra Niwas, iaitu bangunan utama di City Palace ini.Ia adalah sebuah bangunan tujuh tingkat dan setiap tingkat telah diberi nama tertentu seperti Sukh-Niwas, Ranga-Mandir, Pitam-Niwas, Chabi-Niwas, Shri-Niwas dan Mukut-Mandir atau Mukut Mahal. 

Ia mengandungi lukisan-lukisan yang agak unik dan cantik, cermin-cermin di dinding dan pelbagai hiasan bunga. Seperti yang aku dah bagitau sebelum ini, kebanyakan istana ini adalah kediaman keturunan bekas raja-raja  Jaipur. Hanya tingkat bawah dibenarkan untuk pelawat masuk di mana terdapatnya muzium yang yang mempunyai permaidani, manuskrip dan barangan lain yang dipunyai oleh keluarga diraja. Aku memang kagum dengan  pintu merak yang sangta cantik pada pintu masuk kepada Mahal. Memang sangat halus ukirannya.


Di atas bumbung kubah istana itu juga terdapat bendera keluarga diraja yang akan berkibar  apabila Maharaja ada di istana. Terdapat dua saiz bendera iaitu satu dan suku. Walau bagaimanapun, apabila raja tiada di istana, bendera permaisuri akan dinaikkan pada bangunan. Masa aku ke sana, memang ada bendera yang berkibar. Jadinya, aku jangka, maharaja ada di sana.













Ukiran yang ada di Mubarak Mahal
Setiap pintu yang ada di istana ini memang ukirannya meletoppp












Click click :-)

Another beautiful arch inside city palace
Merak Timbul di Pintu-pintu yang ada
City Palace ini memang terletak di tengah-tengah Pink City, sedikit timur laut dari pusat bandar Jaipur. Oh yea, berdekatan juga dengan Hawa Mahal.

Setelah selesai melihat di setiap pelusuk
City Palace, kami memutuskan untuk terus ke destinasi seterusnya ke Amber Fort. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Dapat bayangkan kepanasannya ketika itu? Aku check suhu semasa di jam aku, hahhhh 37 celsius okeh!! Tarikh hari tu adalah 30 Mac 2012. Jadinya, jika anda ingin ke Jaipur satu hari nanti, silalah elak 2 minggu terakhir Mac sehingga Ogos. Panas sangat!

Kami menunggu Jai untuk
pick up di pintu masuk City Palace. Cuaca panas lagi menyengat membuatkan hidung Baby berdarah kembali! Semakin lama semakin banyak. Jadinya kami terus ke coffee shop yang berdekatan.

Akan di sambung kemudian :-)

16 ulasan:

  1. Cantik jugak city palace. Dlu kami x masuk sbb mahal plus so masmz duk muntah2 plus panas giler kt situ!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg panas gile kat situ.

      Terus aku pening bile teringat2 kepanasan serta kekeringan kat situ!

      Padam
  2. Cantiknya city palace!
    JAP ni taun bile punya trip ni?

    BalasPadam
  3. Cantiknya dalam city palace tuuu...berbaloi mas pergi.

    BalasPadam
  4. patut pakai baju ala2 mak esah menari2 di taj mahal, baru sesuwaiiiii gitew hahaha! cantik ukiran dia, if nak buat kat umah sendri, haruslah kena jadi gile mcm shah jehan...huhuhu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahha x tahan, x sanggop then nak menari tengah2 panas tu mak esah oiii..huhuhuhuu

      Tp detailing ornament dia mmg dahsyat la..

      Gilossss

      Padam
  5. aaaaa... City Palace... aritu x sempat pegiiii... jom pegi lagi skali.. #oops .. hehe

    BalasPadam
  6. haaa..mcm nih le...updet blog
    terhibur akak baca dikala sedih
    (dramaaaa...)
    skill bergambo cantik la weh!!!

    BalasPadam
  7. MASYALLAHHHHHHH.. cantik2 nya beb..

    BalasPadam
  8. cantekkkk ukiran itu semua..ada je keje nk melompat2..terpeleot kaki baru tau hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikikiki itu zaman remaja. Tahun ni dah dewasa dah. Xde lagi kot aksi2 macam tuh..kikikiki

      Padam