Jumaat, 29 April 2011

Pre-KoreaBackpacking 1: Wake up!

Sambungan entry dari SINI

Sekarang sudah mahu masuk ke Bulan Mei.

Aku ada masa lebih kurang dalam 4++ bulan lagi sebelum meneruskan misi kembara ke Korea Selatan.

Banyak benda kena pikir bila memilih untuk mengembara secara sendiri. Tanpa pakej. Tanpa terikat dengan  jadual yang di luar kawalan dan keinginan kita. Dan yang paling penting, boleh mengurangkan kos pengembaraan hampir 40%. Cuma, ada harga yang perlu dibayar > inisiatif sendiri dalam pengumpulan maklumat yang secukupnya sebelum pergi. Memerah otak me-reka sendiri tentatif perjalanan, kos-kos yang terlibat, booking, land transfers dan segala macam mak nenek. Silap2 mata boleh rabun mengadap screen lama-lama. Itulah harga 40% tersebut. Adakah ia berbaloi?

Ya, jawapannya SANGAT BERBALOI.

aku dah dalam stage 50% dalam men-design itinerary aku di sana. Untuk 5 hari pertama hampir siap. 5 hari terakhir itu masih belum dapat difinalizedkan.

nanti bila dah lengkap aku akan share di sini. Mana tau ada kengkawan di luar sana yang lagi terer boleh tolong aku mantapkan lagi apa-apa yang patut. Kalau dapat kurangkan lagi kos lagi bagos.

to be continued..

Khamis, 28 April 2011

Rabu, 27 April 2011

Selasa, 26 April 2011

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser: Entiti itu ada di situ.

Last weekend, aku bersama keluarga tercinta telah menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser, Pahang. Aku sewa satu bilik besar di Banglo A dengan harga RM58 semalam. Murah kan? Jika anda kakitangan kerajaan, bolehlah book online dari SINI.


Memang cantik kawasan rumah peranginan persekutuan itu. Tenang dan damai. Perfect place for bird watcher macam aku ini.


Pagi itu, masa sebelum pukul tujuh pagi dalam jam 6.55am, aku berjalan-jalan di luar kawasan banglo untuk menghidup udara segar pagi Fraser Hills. Di samping itu, aku sempat juga terhendap-hendap mencari burung-burung yang mula bising berkicauan di kala pagi itu. Waktu itu, matahari sudah timbul tapi kelam-kelam sahaja. Kabus dingin memang meliputi hampir keseluruhan kawasan luar banglo itu.


Sangat tenang.


Adik aku duduk mengereng di satu pondok/wakaf luar banglo. Aku snap satu gambar dia ketika itu. Tidak kusangka, aku tersnap juga gambar hamba Allah yang lain..

Keseluruhan gambar, bila tengok jea gambor ini, terasa macam asal macam ada 2 orang?

then, gambor di zoom lagi.., alamak..asal macam banyak jea rambut adik aku nie sbb rambut dia nipis jea. nak ikutkan dia ikat kemas rambut dia ala2 poneytail pagi tue..

bile zoom lagi dan lagi..hmm alamak nampak pula mata,tanduk dan rambut entiti itu..,
Takpe, dia makhluk Allah jua.
Terus meremang kan..?