Rabu, 3 Ogos 2011

BerTidorus or BerTadarus?

Pix Source
Tadi aku ada singgah ke laman web Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sedikit maklumat ingin aku kongsi di sini perihal amalan  tadarus.

Bukan tidorus yea. :)

Sedikit info berkaitan amalan tadarus yang amat digalakkan untuk mengisi masa terluang semasa bulan yang penuh berkat ini.

Apa yang dimaksudkan dengan Tadarus?

Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud) 
Sumber: Al-Jami’ As-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 7776 (Soheh)

Menurut ulamak; maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, di sambung pula oleh orang lain. Berkata Imam al-Minawi; maksud “membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka” ialah mereka saling mengikuti bacaan sesama mereka, kerap mempelajarinya dan berusaha menjaga/menghafalnya sesama mereka kerana takut lupa” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7776).

Ganjaran nya?

Dari sudut pahala, apabila kita membaca dan mempelajari al-Quran secara bersama –yakni seorang membaca dan yang lain mendengar-, semua yang terlibat akan mendapat pahala. Yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar. Ini sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud);
“Orang yang mahir membaca al-Quran dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/berbuat kebajikan. Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan ketika membacanya, maka dia akan memperolehi dua ganjaran
(Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.)
Sumber: Al-Jami’ as-Soghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 9165 (Soheh)

Yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah). Firman Allah (bermaksud);
 “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf, ayat 204).
Sabda Nabi s.a.w.; (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)
Sumber: Al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, hadis no. 8425 (Dhaif)
Banyakkan faedahnya? Jom kita rebut sama2 ganjarannya.

Jangan rasa rendah diri jika kamu gagap dalam membaca al-quran. Gunakan sesi tadarus macam ini untuk polish mana2 yang patut. Takkan sampai bila-bila mahu gagap kan.. At least, kalo dapat ajar anak sendiri mengaji hingga lancar membaca al-quran dah cukup besar dah maknanya. Kan?

Untuk info lanjut, boleh klik SINI.

8 ulasan:

  1. masalah sekarang ramai yang baca tak berguru.habis tunggan langgang tajwid sampai maksud pun lari~

    BalasPadam
  2. komen bujal sangat bertanggong jawab

    BalasPadam
  3. untung kau nak bole tadarus time lunch hour! :p

    BalasPadam
  4. @bujal: pasal tue lebih baik bertadarus dari bace sendiri..

    BalasPadam
  5. @uncle:

    heheee bujal kan soleh :)

    BalasPadam
  6. @redTupai:

    start besok aku dah x bleh bertidorus dah...

    BalasPadam
  7. selamat beramal....


    abang jonni

    BalasPadam
  8. @abg jonni:

    slamattt.....:)

    BalasPadam