Isnin, 8 Ogos 2011

Puding Roti, the trial.

Petang tadi aku try buat Puding Roti untuk desert berbuka hari ini. Aku tergerak nak cuba sebab kawan aku, Ayen begitu senang untuk menyediakannya semalam. 

Setelah berkali2 aku minta Ayen ulang suara macammane nak buat mende ini (lately senang sgt aku terlupa dengan mudahnya!), akhirnya aku berjaya gak memasaknya. Dan hasilnya..

Ayah aku suka, dia kata sangat sedap. Mak aku pun suka. 3 adik lelakiku pun suka. Cuma sister aku komplen terlebih manis sket kuah custard nya. Aku letak 3 sudu gula jea pun.

Nways, bagi percubaan pertama ini, aku kira sukses la!

p/s: Selamat bersabar melihat gambor di atas di siang hari yea.

updates Resipinya:

Bahan untuk Puding Roti:
1. Roti 12 keping ( Dibakar dan kerat 4)
2. Full creme milk (550ml)
3. Telur (2 biji)
4. Gula (6-8 sudu)
5. Garam (1sudukecik)
6. Kismis

Cara:
1. Susun 12 keping roti yang telah dikerat 4 setiap satu ke dalam loyang. Selang selikan sekali dengan kismis.
2. Pukul sampai sebati full cream milk, telur, gula dan garam.
3. Simbah bancuhan yang sebati itu ke dalam loyang yg telah disusun roti.
4. Biar seketika supaya bancuhan meresap ke roti (allocate dalam 10 minit)
5. Tabur sket kismis lagi di permukaan.
6. Sapu mentega di atas permukaan puding roti (demi kelihatan cantik dan sedap selepas bakar nanti)
7. Masuk dalam oven, suhu 170 darjah, masa dalam 45 minit.

Bahan untuk Kuah Kastard
1. Satu tin susu cair
2. 2 sudu tepung custard
3. 3 sudu gula
4. Secubit garam, sikit shj utk tambah rasa lemaknya.

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecik. Letak atas api.
2. Kacau sampai sebati, jgn tunggu sampai didih yea.
3. Angkat bila dah sebati.

CARA makan:
* Potong puding roti yang telah siap dibakar dan banjirkan ia dengan kuah custard yang disediakan. hmm sila imagine dan cuba di rumah nanti yea.. :)

17 ulasan:

  1. aku penah buat sekali tp jadi benda lain...jadi puding perahan berminyak..stok leh perah minyak buat goreng ikan...lol!

    aku rasa ptg ni aku nak cuba balik...mana tau kot2 cubaan ke-2 menjadi :)

    BalasPadam
  2. pergh~~menggoda~~

    *bukan kamu tapi puding tu~keh keh~~

    BalasPadam
  3. my kids peberet nih..selalu add coklat chips..

    BalasPadam
  4. @fatt:

    ok, petang nanti ko cuba ngan resipi yang aku try semalam. InshaAllah jadik!

    BalasPadam
  5. @bujal:

    hahahha sabor sabor ;p

    BalasPadam
  6. @AA:
    itula, ingatkan next time nak letak choc chips pule :)

    BalasPadam
  7. Rupanya menarik :)

    Siap ajar cara makan lagi ;P

    BalasPadam
  8. saya takde oven.
    jadi, tak boleh buat la kot?

    BalasPadam
  9. @uncle lavender:

    sabo sabo :)

    BalasPadam
  10. @daddy z:

    rasenye pun menarik tau..:)

    BalasPadam
  11. @redTupai:

    owh, takde oven bole beli.. :)

    BalasPadam
  12. bila saya mau ada semangat ini? :P

    BalasPadam
  13. @norh:

    sat lagi datang la semangat itu. beli barang dulu. :)

    BalasPadam
  14. Admiring the time аnd effort you put іnto yоuг sіte аnd detailеd іnformation уou оffer.
    Ιt's awesome to come across a blog every once in a while that isn't the same olԁ гehashed mаterіal.
    Fantastiс геаԁ! Ӏ've saved your site and I'm includіng your RЅS feeԁs to my Goοgle
    аccount.

    Mу web-site ... payday loans

    BalasPadam