Rabu, 29 Jun 2011

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser

Kalo sebelum ini entry aku berkaitan entiti yang aku ter-snap di wakaf luar banglo kami di RPP Bukit Fraser seperti di SINI, kali ini aku mahu share apa yang ada di dalam banglo itu sendiri.

Lokasi RPP Bukit Fraser ini memang agak terpencil sikit dari accommodation lain di Bukit Fraser ini. Sebab itu, suasana kawasan sekitar memang aman sahaja. Ikut sahaja signboard yang dari jalan utama ke RPP, mudah jea, confirm tak akan sesat.

Kami sekeluarga memilih untuk menyewa satu bilik besar di dalam salah satu banglo di situ. Bayaran hanya RM58 sahaja. Kalo mahu sewa satu bonglo pun boleh, dalam RM 200. Kalau tak silap dalam sebuah banglo tue ada 1 bilik besar dan 3 bilik kecil yang lain. Bilik besar yang kami sewa tue memang ok jea bagi kami 7 beranak. Ada 1 Katil Queen dan 1 single. Boleh muat untuk bentang 2 toto lagi di bawah. Memang besar bilik itu. Oh yea, attach toilet and bathroom juga ada.

Kemudahan seperti living room, dining room dan kitchen akan dikongsi bersama orang lain. Kitchen memang lengkap. Semua ada ok, dari sekecil barang hinggalah sebesarnya.
Just follow signboard ok..

Inilah dia banglo yang kami duduk!
living room

TV ada Astro. I like!
Cosy tak?
Attach toilet and bathroom

Dalam bilik ada satu lagi TV. Cuma yang ini tiada Astro.
Dry Kitchen, untuk memasak, ada satu lagi ruang lain. Stove semua ada.
Dining area. Nice isn't it?


Surrounding bungalow area juga cantik dan tenang kalo mahu buat birdwatching di pagi hari. Cumanya, bear in mind, bukan ada kamu sahaja di sana. Jaga tingkah laku, mulut pun jaga juga, InshaAllah tiada apa2 akan berlaku.

Oh yea, kemudahan ini hanya untuk kakitangan kerajaan.. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

:-)

27 ulasan:

  1. bestnya mas, akak dah pergi sana tapi belum sempat menginap. tunggu ada kesempatan, akak ke sana bersama family. sapa lelaki cam artis je? encem

    BalasPadam
  2. memang nice...aku teringin nak gie sini mas...

    BalasPadam
  3. kakitangan kerajaan yg da pencen bole tak?

    BalasPadam
  4. u tau x kt Putrajaya ada port Bird Watching ? sumpah nice giler....sbb dah 2thn amy involve ngan kem kesedaran alam sekitar n ada program ni.....tp if u ada teropong yg nikon zooming tu lg best....sbb ble skodeng very clear till semut kt badan burung pun ble nampak.....heheh

    BalasPadam
  5. apa bukti govt servant yang dia nak? sebab saya masih simpan kad kerja saya (zaman kerja hospital gomen dulu) !! ekekekeke..

    ataupun, kalau kakak ipar saya yg kerja gomen (cikgu) booking kan, dan saya yg datang check in, boleh ka?

    BalasPadam
  6. last kesini thn 86..mase tu dejah 3..
    sila kira sekarang.. :D

    BalasPadam
  7. saya paling suka waktu mendaki jalan2nya yg curam.. dah pakar driver 4x4 tu kan..

    BalasPadam
  8. wah.. bestnya dapat g sana.
    erm.. kena cari peluang g jalan2 nih :)

    BalasPadam
  9. @kak ina DDC:

    bebile singgah je menginap ke sana. best.

    yang lelaki itu adalah adik saya. :)

    BalasPadam
  10. @lyn:

    lyn, pegila..memang relief stress :)

    BalasPadam
  11. @akak gorjes:

    kalo yg dah pencen, saya x sure la kak. bole kot

    BalasPadam
  12. @amy:

    yeke???? lain kali kalo ade aktiviti tue, ajak la akakkkkkkkkkkk,

    kat mane actually? wetland?

    BalasPadam
  13. @MTD:

    wow, '86? its like ages la kak :)

    BalasPadam
  14. @a.samad:

    saya tidak penah bawak 4WD..

    biase naik kete kecik jea..:)

    BalasPadam
  15. @miss nina:

    pegila, luas malaysia nie..:)

    BalasPadam
  16. ammvoiii akak mas tewww.. ehehe

    BalasPadam
  17. jumpa tak hantu encik Fraser tu...?

    BalasPadam
  18. @uncle gedek:

    saya tak jumpe lagi hantu en fraser yang hilang tue..

    BalasPadam
  19. aku ingt lagi post psl bungalow ni yg gmbr adik ko tu..huhu..skeri. tp pastu ada apa2 yg jadi tak? dlm umah? ada dia tunjukkan diri?

    BalasPadam
  20. @fatt:

    takde apa2 jadi sepanjang aku duduk dalam banglo tue fatt. "terasa" makhluk tue ada pun tak ada. So memang dia takkan kaco kite kalo kite tak buat2 yang mendatangkan marah diorang.

    yang pasal aku tertangkap gambor dia tue pun aku perasan ade dia masa dah sampai KL, waktu transfer gambo ke laptop. kalo aku prasan mase masih ade kat sane, mau aku imagine lebih2.huhuhuhu..aku terus check out kot ;)

    BalasPadam
  21. teringin nak p situ.

    lame tak tunggu que nak kompem booking?

    BalasPadam