Isnin, 28 Mei 2012

NorthIndiaBackpacking 8: Kashmir - Sonamarg

Sambungan penceritaan dari SINI.

Terlewat pula nak sambung cerita dari episod yang lepas. Memacam jadi minggu lepas di samping tengah sibuk untuk berpindah dan bertukar tempat kerja. Harap-harap environment di tempat kerja baru sama ke-best-annya dengan yang lama dan orang2nya best seperti yang ada di tempat sekarang. Balik dari kerja, seawal jam 10 malam dah penat dan mengantuk..Jadinya, memang mood itu lambat nak panas untuk sambung.

Anyhow, aku sambung pengembaraan di Sonamarg. Setelah hampir 3 jam menyusuri jalan bengkak bengkok berserta pemandangan yang mengasyikkan, kami sampai juga hingga ke hujung jalan, iaitu Sonamarg.
Di antara kawasan perumahan yang ada sebelum sampai ke Sonamarg
Sonamarg ni sebenarnya kawasan yang agak pedalaman la juga. Penduduk dia tak ramai, dalam 400 orang jea. Iya, kawasan yang amat luas, tp penduduknya sikit sahaja. Yang meramaikan kawasan ini adalah pelancong, especially pelancong dari tanah besar Yindia! Sebab apa tak ramai? Sebab ramai penduduk Sonamarg nie macam orang normad. Sering berpindah randah. Banyaknya akan pindah keluar bila musim sejuk datang sebabnya, jalan masuk ke Sonamarg akan ditutup kecuali untuk India Army. Hanya segelintir jea penduduk yang duduk tetap di sini walau dalam musim sejuk dan tahan dengan salji tebal di sini.
  

Yay! Sudah sampai!
Apa yang menarik di Sonamarg adalah pemandangan yang ada. Background Thajiwas Glacier yang ada di kawasan ni memang terbaikla aku kira. Sebenarnya dari Sonmarg nie, kalau naik kuda dalam 3 kilometer lagi, akan dapat pemandangan yang lagi best sebenarnya. Cumanya, masa aku ada di sana, kawasan tu baru dilanda ribut salji dalam 2 hari yang lepas, jadinya, aku tak nak ambil risiko la. Kot-kot la tetiba ada avalanches ke, naya jea kan. Makanya aku hanya berlegar2 di kawasan bawah Sonamarg jea hari itu.

Just untuk info, bagi sesiapa yang  nak ke kawasan yang lagi dekat kepada Thajiwas Glacier tue,  korang boleh naik kuda, ponyride tambang dalam 500-1500 rupee. Lagi pandai nego, lagi murah korang boleh dapat. Banyak jea operator yang akan meng-offer pakej naik kuda di kawasan itu. Kalo masa korang datang cuaca mengizinkan, maka naiklah kuda ke sana. Aku pun, kalo ada rezeki ke sana lagi selepas nie aku akan ambil peluang untuk buat itu.

Walaupun kami tidak berpeluang naik ke atas dengan kuda, pemandangan yang ada di bawah ni pun dah cukup baik aku kira. Puas jugala kami bermain-main di situ. Dok berpolice entry bagai. Memang bengong mood memasing masa tue. teringat zaman budak-budak dolu-dolu..hahaa

Dalam takut salji tetiba runtuh, aku sempat gak mendaki sikit di kawasan itu. Tak tahan aku tengok. Agak2 satu bukit salji tue aku boleh naik, maka naiklah kami. Lagi atas korang naik, lagi cantik pemandangan yang ada sebenarnya. Tapi make sure kasut yang dipakai tue bersesuaian la. Kasut aku memang getah di luarnya, konfem tak basah la. Kalo pakai kasut biase yang kain tue, bersediakan untuk kaki kebas sebab kasut akan basah dan sejuk, macam kasut yang kawan aku, Baby nie pakai.


Di kawasan itu juga ada banyak rumah ala-ala normad yang digunakan pada musim sejuk. Comei jea dari luar aku tengok. Aku try nak masuk juga tapi pintunya berkunci bagai. Adei, so tak dapatla nak explore apa yang ada dalam rumah comei itu. Tapi kami sempat juga buat snowman depan umah tue..kenangan la  konon. Tapi rupanya macam tak berapa nak jadi kot. Dah macam penyu jea pun.


Selain dari ponyride, aktiviti lain yang boleh dibuat adalah gelunsur salji. Syiok juga sebenarnya..dari bawah, kena naik atas bukit then gelongsor dengan laju ke bawah. Servis untuk itu dalam RM3. Hahaa murah kan?





Setelah puas berlegar-legar  sehingga hampir beku jari-jari di sana, maka kami pun decide untuk balik ke rumah. Aku request pada Uncle Ghulam untuk singgah ke Cyber Cafe bila dah sampai pekan Srinagar nanti untuk update diri aku pada sanak sedara di KL. Tapi dia jemput untuk datang ke rumah dia di Lal Chok, rumah dia ada internet. Free!

Bagai pucuk di cita ulam mendatang, maka kami terusla ke rumah dia. Selain dapat online secara free, kami dapat juga berjumpa dengan isteri dan anak-anak dia. Dah 2 hari kitorang ke hulu hilir dengan Uncle Ghulam nie, dan banyak juga la kisah sedih hidup dia yang dia rela kongsi dengan kami. Uncle Ghulam nie dulu hidup kaya raya la juga sebab ada business travel agency sendiri 10 tahun lepas. Takdir hidup, isteri dia meninggal dunia di usia pertengahan 30-an sebab heart attack, dan meninggalkan dia dan 3 anak kecik dan of course membuatkan dia hidup tak tentu arah.  Dia start minum dan tak bekerja selama 1 tahun meratapi kematian arwah isteri. Waktu tu juga la dia dok tanya kenapa Allah kasi dugaan besar macam ni pada dia. Dalam pada hidup tidak terurus, Waktu tue la orang ambil kesempatan ke atas dia dan business partner sendiri seleweng duit company sampai lingkup..

Nasib baik selepas setahun lebih, dia "tersedar dan belajar untuk reda". waktu dia dalam tempoh gundah gulana nie, pembantu rumah parents dia ada untuk jaga anak-anak dia. Everything memang wanita itu yang uruskan anak-anak dia sampailah parents Uncle Ghulam suruh kawen dengan wanita itu. Maka kahwinla dia dan selepas 5 tahun berkahwin mereka dikurniakan dengan seorang anak genius bernama Muhammad. Muhammad ni genius sebab umur baru 3 tahun tapi dah boleh membaca! Menulis dan membaca okeh! Aku memang impress bila dia demo dekat aku. Ini mesti makan safran banyak neh! :-)
Anak Bongsu dia, Muhammad.


With Uncle Ghulam and his beloved family!
Anak-anak dia dengan arwah isteri pertama dia yang sulung umur 20 tahun, sekarang di Universiti Kashmir. Dia tak ada masa kami sampai di rumah dia sebab duduk asrama. Yang kedua, Tabu berumur 17 tahun dan yang ketiga Ahmad, baru 15 tahun. Memasing memang dah besar jadinya, memang sgt excited bila Muhammad dilahirkan dan ditatang dengan minyak yg penuh la juga. Sangat manja!

Isteri Uncle Ghulam bersungguh-sungguh jemput kami tidur semalam dekat rumah dia tapi dengan berat hati kami kata lain kali la..InsyaAllah, kalo aku sampai Kashmir lagi, aku tidur umah dia pula..:-) Terharu sebenarnya dengan keramahan dan keikhlasan mereka.

Hari dah hampir malam, dan Uncle Ghulam terus hantar kami balik ke rumah Papa Yousef. Selepas membersihkan diri kami turun untuk makan malam dan buat aktiviti kami  seterusnya untuk malam itu, iaitu berHENNA. Kikiki kitorang saje jea request nak berinai selepas tengok gambar-gambar kawen sedara-mara diorang sebelum ini. Dekat Kashmir nie, yang memakaikan Henna utk pengantin dan family biasanya orang lelaki. Pelik kan, tapi memang kerjaya tu dipelopori oleh kaum lelaki di sini.

Cumanya, untuk malam itu, pelukis henna kami adalah Turmina, anak bongsu Papa Yousef. Turmina nie kami panggil Choti (si budak kecik) sebab panggilan manja untuk anak bongsu di sini. Ok juga dia buat, laju jea dia lukis, takda gigil2!

Mama, she's in her early 40's
Choti in action!


Mama and Baby. Dalam baju/pheran mama dia letak bekas bara utk tujuan pemanasan!
traditional heater
Untuk pengetahuan, rumah papa yousef nie memang pakai heater secara manual. setiap orang akan ada satu alat seperti gambo atas nie. Dalam bekas tue (diperbuat dari tanah liat) ada bara yang boleh menghangatkan badan kita dengan meletakkan bekas itu dalam baju/pheran memasing. Dok dekat2 bekas tue pun boleh juga memanaskan. Tapi kena hati-hati la takut terbakar pula baju kan. Kaedahnya memang masukkan bekas bara dalam pheran masing2 dan duduk seperti gambor mama di atas.

Waktu malam di Srinagar nie memang sejuk. Tak dapat aku bayangkan  kesejukannya masa peak winter. Memang terseksa kot kesejukan di sini..

Malam itu merupakan malam terakhir aku tidur di rumah Papa Yousef. Selepas ini kami akan tidur lagi 2 malam di hotel di tengah pekan Srinagar pula. Selepas bergossip panjang dengan Rubina dan Turmina malam itu, kami tidur nyenyak sambil berangan destinasi kami seterusnya untuk besok hari ke Gulmarg!

Akan di sambung kendian.

47 ulasan:

  1. Mama tu baru early 40's?? Nampak macam dah berkedut wajahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullll...sebab cuaca kot..kering sgt dan diorang tak pakai apa2. losyen ke moisturizer ke..memang takde..

      Padam
  2. Hmmm best nya Sonomarg...banyaknya salji... tebal2 lagi.... tu tradisional heater, saya tak tahu nak terangkan tentang benda alah tu dalam blog saya , yang saya tahu masuk dalam baju ... berkesankan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheee..susah kan nak explain, tp mmg betul, sgt berkesan!!! ingat nk bawak balik mesia satu..tp terpikir langkah panjang lagi di bumi india tuh..tak sanggup nak bawak ke hulu ke hilir..

      Padam
  3. wow! cantiknya!!! omg! dh kawen ke? tu mak mentua? HAHAHAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...ni puji tempat ke orang nih!

      Padam
    2. @john: mak mertua?? fuhhh semangat!!!

      @niL: John tue teringin tue nk ke kashmir. awek kashmir mmg santek!

      Padam
  4. sunggoooohhhh cantik..!!!! tqs for sharing dear... hentak2 kaki nak pi kashmir ni...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheee

      cepat ajak cik abang akak ke sana! musim bunga tengah berkembang neh!

      Padam
  5. u pakai pheran tak.. yang tu kangri kan.. sellaunya depa yang berrduit ni pakai hamam.. bilik khas..Makan minum tidur baring kat situ bila musim sejukk. Alaaaaaa..terinign nak peggi masa winter lahhh.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nak pakai..tapi takde satu pun pheran pun yg ada saiz saya...huhuhuhuuu sy nie kecik jaa, tp kembang ;)

      bagi sesiapa yang berduit mmg diorang akan pakai heater biasa..cubanya papa yousef nie tak berapa nk mampu sangat, itu yg dia pakai manual jea..tp sgt berkesan dan cost effective heater manual neh!

      Padam
  6. early 40's? huhuhu tp bleh cam sauna plak haha besh

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, umur dia 44 tahun..Anak paling besar umur 25 tahun...

      Padam
  7. Hmmm..baik uncle Ghulam tu kan... Siap bwk p rumah die... By the way..nape snowman tu rupa tu...? kelakarla...hik..hik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia anggap kitorang nie macam anak2 pompuan dia. gitew..huhuhuu

      snowman yang tak brapa jadi..kikikiki di samping buat dengan tangan berketaq'..hehee dah macam penyu pun ade hasilnya!

      Padam
  8. pertama, akak kagum tengok canteknya glacier tu...subhanallah kagum!

    kedua, kemancungan hidung mama tu... fuh.. kalau terpatah macam mana eh? kalau koreans tengok mesti dia buat sign tanda best kat depan-depan!

    ketiga, kisah hidup Uncle Gulam ala ala Hindustan gittew... klasik...

    Kesimpulan, Kashmir ni pun dah lama masuk bucket list. Sebab apa, dua tiga kali kebelakangan ni, anak akak suka tengok citer "Bobby". Bila akak bagitau kawan blogger mama dah pegi sana, terus dia kata wah, mesti pegi lah! Rasa nak guling guling kat sana, tapi bukan buat avalanche lar ehheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kashmir mmg santek!!!! macam2 ada!

      sumer hidung diorang macam tue kak..jeles tau tgk! mancung dan senget pon ade..heheee

      kisah hidup dia mmg saya terbayang kisah hindustan jugak..tp mata dia berkaca masa crita tue..saya pon serba salah..tah nape la byk tanye sgt saye nie masa dalam pajero ari tuh.

      silalah ke sana kak!!! saya sokong..sekarang nie dah aman dah kashmir, selamat InshaAllah!

      Padam
  9. Omai nape ada nama Fatt kat pintu rumah tu? dia penah dtg situ ke? hahah *tetibe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mata ko teliti sungguh la janggel!

      aku pon tak perasan!

      Fattt? mahu respon??

      Padam
    2. Jap... adakah ko bertudung kain satin???
      wow zaman kak melah sangat.

      Padam
    3. hahahaa zaman ka melah mane tue..

      nie satin zaman yuna daa..huhuhuu :-)

      Padam
  10. fuhh
    tengok gambar pun dah terasa kesejukannya
    orang sana memang baik2 n peramah kot.. baca kat blog kak yan pun mcm tu jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. org kashmr memang terlebih ramah..mereka begitu excited kalo ada muslim datang tmpat diorang. kalo buleh dah suruh gak tidur umah diorang...

      Padam
  11. aaaaaaaaaaaaaaaa...ok dah komen! :)

    BalasPadam
  12. bestnye makcik tu bersauna!!! hehehehe

    BalasPadam
  13. #owhhh ngidam!!!!!!

    *sambil baling bola salji tipu-tipu

    BalasPadam
  14. Uih mcm katak pun ye jgk snowman tu hehe.

    Cantik2 jgk famili ahmad tu.. tak mcm rupa indian pun ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katak?? Omg! Mmg tak jd langsumg snow man i neh.

      Diorang xde rupa indian sbb diorang kashmiri..

      Padam
  15. aaa snoww!.. nak kena cari destinasi yang ada snow jgak lah mcm nie.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk negara yg ada snow nie Dan. U pilih jea nk yg mane satu. ;-)

      Padam
  16. best nye, kalo aku sampai sini, aku pun nk post lentok2 mcm ko!

    BalasPadam
  17. Cantikknya...akak plan nak ke sana tapi confuse nak pergi masa winter ke spring. Cam ne Mas contact Pakcik Ghulam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uncle ghulam ni family frens dgn family yg sy nompang.. Kebetulan..

      Padam
    2. Pegi mase mid april. Waktu tue bunga tgh nk bloom at the same time salji masih ada kt kaw. gunung..

      Padam
  18. snow atas bumbung!!!!

    aku ingt nanti nak gi sana nak promo krim anew lah kat makcik tu. eheheheh~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eheeehee aku siap tinggalkan moisturizer kt anak2 dia.. ;)

      Padam
  19. wah
    best pijak snow?
    kalau begambar sana mesti asyik2 nak golek2(but again , karang basah plak)

    snowman? jadi leee...versi malaya.
    hahah

    BalasPadam
  20. SubhanaAllah kagumnya cik ina ngan permandangan tu semua: )

    BalasPadam
  21. Undeniably imagine that that you said. Your favorite reason seemed to be at the internet the easiest factor to bear
    in mind of. I say to you, I definitely get irked at the same time as other
    people consider concerns that they plainly don't understand about. You controlled to hit the nail upon the highest and outlined out the entire thing without having side-effects , other folks can take a signal. Will probably be again to get more. Thanks

    Feel free to visit my web blog - PSN Code

    BalasPadam