Rabu, 27 Oktober 2010

Tahniah Buat Adikku..

Hari ini telah ambil cuti bersalin sempena hari graduasi adik aku. Schedule kerja minggu ini memang padat tapi nasib baik dapat juga pelepasan cuti untuk hari ini dari bos. Walaupun dengar ada isu besar yang melibatkan aku hari ini di ofis dan rakan sekerja telah minta aku bersedia bila masuk ofis pagi besok. Adoi, bersedia untuk kena marah ke? hmm..

Nways, hadir ke majlis graduasi adik aku hari ini mengingatkanku pada masa graduasiku dulu, 6 tahun lepas. :).. Dan ada perkara yang masih belum selesai berkenaan hari tersebut walaupun telah 6 tahun berlalu.. Gambar aku amek sijil kat atas pentas tue masih dekat kedai jurugambar lagi ok. Dahsyat kan? Gila.. Dari hari ke sehari aku menangguh untuk ambil gambar tersebut di kedai berkenaan iaitu di sekitar Petaling Jaya sehingga ke hari ini. Adoi bile la nak amek tue. Aku penah telepon skali kedai tue sekitar tahun 2007, nak tanya ada lagi ke gambar tue. Apek tue kata, jgn risau..gambar konvo dari tahun 1999 pun diorang ada simpan lagi..Ya Allah, aku ingatkan aku sorang jea bermasalah dalam kes ini ;)

With her..



 beloved familia..

Konvo adik aku nie dibuat di PICC. Hehehee. Aku usha gak 'atrium berpokok itu'. Masih ada aktiviti ttut. Nothing much can i say about dat then..

Selepas tamat upacara konvo, kami perlu beratur hampir 2 jam untuk tunggu turn ambil gambar bersama familiy. Bukan malas nak cari kedai di luar tapi masa yang diperuntukkan untuk pemulangan jubah sebelum pukul 3pm. So kalo nak bergambar bagai sebelum itu la. Dan pendaftaran untuk sesi bergambar telah dibuat sebelum konvo lagi.

Kenapa perlu beratur sehingga 2 jam? Bagi aku, tiada sistem yang teratur diaplikasikan semasa sesi bergambar dibuat oleh company yang dipilih untuk mengendalikan perkara tersebut. Que system memang out. Lagi teratur jika mereka boleh memikirkan untuk membuat sistem angka giliran atau sebagainya bagi mengelakkan orang menunggu sambil beratur dan berpusu-pusu. Crowd control perlu diperbaiki jika mereka diberi peluang untuk mengendalikan hal-hal seumpama ini di masa hadapan.

Ramai juga orang menyumpah bagai semasa sesi bergambar itu. Memang kesian aku tengok staf company fotography itu kena marah dengan individu-individu lain yang hilang sabar. Itula, next time kalau dapat job sebegini, boleh ambil iktibar dan perbaiki sistem yang digunapakai sekarang supaya masalah ini tidak berulang lagi dan lagi.

Anyhow, tahniah diucapkan kepada adikku itu. Lepas nie kena kerja rerajin dan jangan lupa hulur mak ayah apa-apa yang patut setiap bulan yea. Bila lagi nak senangkan mak ayah kan..?

:)

14 ulasan:

  1. akk rasa gambo dh masuk galerium apek ..hahaha

    BalasPadam
  2. @kak CT:

    tak tau la ape jadi skang. kalo kedai tue terbakar ke ape ke..memang takde rezki la..esok ingat nk tepon balik apek tue..;)

    BalasPadam
  3. hahaha

    teringat zaman merajuk dengan mak xdpt bunge. mak kata bunge mahal, baik makan. aaaaaaaa!!!

    BalasPadam
  4. tahniah kepada adik.
    gigih betul apek tu still simpan gamba graduate walaupun dah bertahun.

    BalasPadam
  5. tahniahhh ana wah smua ade..!!~beshnye!!! hmmmm bile lg nak senangkan mak ayah kan..i like dat stmnt..hehe..;D nurul

    BalasPadam
  6. Tahniah buat Raihana Zuber. Betul kata Kak Mas tu, bila dah bekerja jgn lupe hulur kat kedua ibu bapa, baru lah berkattttttt dunia & akhirat. Amin.

    BalasPadam
  7. kak mas, kalau tak silap ni mcm konvo IPGM jek sbb yaty dulu pon konvo kat situ. hehe. pastu tgk tak pakai topi tu. betull kan??

    tahniah adik kak mas :D

    BalasPadam
  8. @BDC:
    lepas nie ko grad aku kasi la bunga kat ko..

    BalasPadam
  9. @akak gorjes:

    itu la, apek itu memang baguih..masih menyimpannya :)

    BalasPadam
  10. @Asu:

    wow my beloved aunty commented on my page :))))

    thnx asu. love you!

    ana: ingat pesanan asu tu tau!

    BalasPadam
  11. @nurul:
    itula, alhamdulillah cukup korum semalam.
    Pesanan Asu itu secara tidak langsung kepada anaknya juga ya, cik nurul NST ;)

    BalasPadam
  12. @Yaty:

    IPGM tue apa? adik akak nie under program Kementerian Kesihatan, Kolej Sains Bersekutu, Teknologi Makmal.

    sama ka?

    BalasPadam
  13. @GB:

    yeah, itu adalah skirt feveret ;))

    BalasPadam