Sabtu, 30 Oktober 2010

The 'Woow' Factor of Islamic Fashion Festival 2010

ISLAMIC FASHION FESTIVAL 
Kuala Lumpur : Jakarta : Monte Carlo

Isu ini telah diperdebatkan dengan penuh meriah dari pelbagai lapisan masyarakat dari UMNO bahagian sehinggalah penganalisis politik pro-kerajaan mahupun barisan pembangkang sejak awal minggu ini.

Mana taknya, kalau kita hayati betul-betul tajuk Festival yang dianjurkan bersama oleh Kuala Lumpur ini di Monte Carlo, Monaco iaitu, ISLAMIC FASHION FESTIVAL tersebut, niat penganjurannya agak murni dan sejuk hati mendengarnya. Ia membuktikan bahawa begitu kuat pengaruh Islam dalam arena fesyen di peringkat antarabangsa sekarang.

Walaubagaimanapun, apabila dilihat setiap rekaan yang terlahir dari pakaian yang dipersembahkan semasa Islamic Fashion Festival itu agak menyedihkan lagi mengecewakan.




Memang "wow" kan?

Especially bila ini yang ditekankan:
It is believed that this festival is to reflect the true spirit of Islam, the beautiful side of Islam, and the modesty. bla bla bla.. 
Hmm, sekali lagi dan lagi "WOW". Memang agak tidak terkata apa-apa apabila diingat-ingat. Apabila terbayang-bayang imej yang cuma diketengahkan di sini dan diagungkan sebagai mencerminkan spirit sebenar Islam tersebut.
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan;
Kesalnya kerana Islam telah dicerobohi secara halus. Pakaian adalah lambang Islam yang sentiasa diperhatikan oleh agama lain, jika dari sudut itu kita sudah gagal mempamerkan Syiar tersebut, apakah terdapat aspek yang lain yang mampu dipamerkan lagi?

Pakaian itu adalah Akhlaq.

Kekesalan ini berdasarkan beberapa perkara yang telah melanggari hukum yang digariskan oleh agama. Antaranya adalah:

1. Dalam festival tersebut, pakaian yang dipamerkan tidak banyak mempamerkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam bahkan jika dilihat ia lebih tertumpu ke arah mahu memodenkan fesyen Islam.

2. Terdapat unsur-unsur penghinaan apabila secara terang-terangan menggunakan kalimah ‘Muhammad’ pada pakaian yang tiada langsung menepati prinsip Islam.

3. Menggunakan label Islam hanya untuk mendapatkan populariti. Ia seolah-oleh mengambil kesempatan terhadap nama Islam yang sedang naik dan mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.

Saya amat pasti, sebilangan umat Islam merasa terguris dengan festival ini. Terguris akibat Islam telah ditafsirkan dengan pandangan yang salah. Click sini bagi kenyataan terperinci.
Tiada masalah untuk berfesyen bagai, tetapi apabila menggunakan nama Islam sebagai tunjang sesuatu Festival, pihak penganjur perlu peka dengan apa yang dipersembahkan. Sejauhmana isi persembahan menepati tema fesyen tersebut dan mencerminkan imej Islam yang sebenar. MISLEADING YANG TOTAL BAGI ISLAMIC FASHION FESTIVAL bagi tahun ini.

8 ulasan:

  1. *sigh

    jika ada yg membenarkan
    pasti perkara begini akan terjadi

    saya sedeh!

    '(

    nota: baik. esok kita gi fishing yer. T_T

    BalasPadam
  2. @BDC:
    Itula..ape nk jadik ngan malaysia nie..nak kene turun bala ke baru tersedar..
    main pandang ringan perkara ini..

    BalasPadam
  3. SALAM,
    SEDIH, RASA TERHINA DAN CUKUP MARAH TETAPI MASIH TERKAWAL! ITULAH UNGKAPAN GAMBARAN PERASAAN DAN RASA HATI INI. ISLAM DICEROBOH DAN DIPERSENDAKAN ! PASTI ADA DALANGNYA. IA BERLAKU SECARA TERANCANG DAN BUKAN SECARA TAK SENGAJA. LF SUDAH MELAHIRKAN PERASAAN DAN ISIHATI LF. BAGAIMANA PULA REAKSI MEREKA YANG MEMPUNYAI KUASA DAN PENGARUH? DISENYAPKAN BEGITU SAHAJA ATAU APA ?

    BalasPadam
  4. @LF:

    entahla LF, tuntutan secara besar-besar telah dibuat oleh pelbagai pihak untuk pihak bertanggungjawab memohon maaf di atas ketidakpekaan mereka, tapi kita ini amat kerdil jika ingin dibandingkan dgn mereka yang bertanggungjawab itu.

    apa yang bole kita buat, buka mata dan hati masing-masing, bertindak apabila masa itu sampai.

    BalasPadam
  5. memang saya turut terguris .. lebih2 lagi nama Malaysia turut terbabit. tentu ada kolaborasi penganjur dengan pihak2 tertentu di malaysia.

    BalasPadam
  6. @al-lavendari:

    saya rasa semua umat Islam akan terguris apabila melihat sesetengah rekaan yang diperagakan semasa festival ini.

    amat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  7. tak tau nak cakap ape daa....dah puas eden duk retweet kat page @najibrazak suruh dia sodar skit....

    senang,lepas ni pakat UBAH!!
    selamat Islam,selamat Malaysia,selamat segalanya....

    BalasPadam
  8. @ATA:

    definitely, to change WE BELIEVED IN.

    BalasPadam