Hi hi hi,
Entry kali ini adalah sangat special.
KENAPA????????
Ini adalah entry penghabisan bagi Travelouge NorthIndiaBackpacking aku. Hampir SETAHUN aku cuba untuk menghabiskan penulisan ini secara bersiri-siri, sedikit demi sedikit. Dan akhirnya HABIS JUA. Alhamdulillah.
FYI, aku tak penah lagi habiskan sebarang entry kembara aku. Jadinya ini adalah julung kalinya ;) *lompat bintang*
Ini adalah sambungan dari:
NorthIndiaBackpacking 17: Jaipur, Rajashtan (City Palace)
Cuaca yang amat panas semasa kami berada di City Palace membuatkan darah kembali keluar dari hidung Baby. Kawan aku ini memang sensitif betul sistem badannya, kalau sejuk sangat hidung berdarah, panas sangat pun berdarah juga. Nasib ko la Baby. Mujur aku idak la begitu. Oleh kerana keadaannya begitu, kami memutuskan untuk berehat sebentar di kedai kopi di dalam stesen minyak di Jaipur bagi meredakan pendarahan yang ada.
Menikmati kopi di dalam ruang ber aircond di Jaipur memang membuatkan kami terikat di sofa yang kami duduk. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang dikongsi oleh Jai, CouchSurfing aku di Jaipur.
Jai ini adalah seorang businessman. Agak berjaya juga agaknya kerana dia tidak kisah pun untuk bekerja atau tidak. Sebelum ini dia banyak menjadi hos bagi CSer dari UK dan Europe. Seperti Cser aku di Kashmir yang begitu teruja apabila ada orang Muslim nak ke tempat mereka, maka dia pun sama juga, berusaha untuk memberi hospitality yang lebih untuk kami berbanding CSer yang lain. Sapa yang untung? Harusla kami kannn ;)
Kami berborak sehingga keadaan Baby beransur pulih. Ketika itu jam sudah hampir menunjukkan pukul 5 petang. Nampak gaya, terlepaslah agenda kami untuk ke Amber Fort. Sayang sangat, sebab apa? Amber Fort senibinanya sangat cantik. Rugi tau kalau sampai Jaipur tidak sampai ke Amber Fort.
|
Bangunan yang ada di depan stesen minyak berserta coffee shop yang kami singgah |
Memandangkan hari makin petang, kami meneruskan perjalanan ke Tiger Fort. Nama sebenar Tiger Fort ini adalah Nahargarh, namun orang lebih suka memanggilnya sebagai Tiger Fort sebab Nahargarh itu jika di terjemahkan membawa maksud Tempat Tinggal Harimau. ;)
|
Tembok Amber Fort yang kita akan dapat lihat sepanjang perjalanan naik ke Tiger Fort |
|
Menyusuri jalan di samping meninkmati pokok-pokok tough di musim panas Jaipur |
Perjalanan naik ke atas Tiger Fort mengambil masa dalam 10 minit dari kaki bukit. Sepanjang perjalanan, permandangan yang ada memang sangat cantik. Amber Fort juga dapat dilihat semasa kami menyusuri jalan ke Tiger Fort ini. Jika nak diikutkan Amber Fort dan Tiger Fort ini adalah kubu-kubu yang dibina mengelilingi bandar Jaipur bagi tujuan pertahanan. Sebab itu kita boleh lihat tembok-tembok Tiger Fort dan juga Amber Fort ini saling berangkaian.
Selain dari Amber Fort, kita juga akan dapat melihat dengan jelas keseluruhan Tasik Sagar yang menempatkan sebuah istana terapung, Jal Mahal. Permandangan yang ada memang superb la, tak terkata aku melihatnya. Banyak tempat aku suruh Jai berhenti demi mengambil gambar-gambar yang best!
|
Lake Sagar dan Jal Mahal |
Selepas kami disajikan dengan permandangan yang indah sepanjang perjalanan naik ke Tiger Fort, maka tibalah kami ke tempat yang dituju. Dari atas kubu itu, apa yang kami dapat lihat, adalah satu permandangan yang di luar jangkaan kami. Kita akan dapat melihat panorama keseluruhan bandar Jaipur dari Tiger Fort ini. Kalau tak percaya, silalah menilik setiap gambar yang telah aku ambil ini!
|
Itulah kereta Jai yang membawa kami ke hulu hilir Bandar Jaipur ini |
|
Padat sepadatnya bandar Jaipur ini sebenarnya. Macam kotak mainan pun hado! |
|
Sebahagian dari tembok kubu yang ada di Tiger Fort |
|
Peace, setelah habis darah dia keluar melalui hidung! |
|
I Heart Tiger Fort! |
|
Watch out, someone is peeping you from here! |
Selain dari permandangan keseluruhan Bandar Jaipur yang breathtaking ini, Tiger Fort juga adalah tempat untuk orang Jaipur menikmati permandangan matahari terbenam. Memang sangat jelas sebijik matahari yang kita akan nampak dari kubu ini. Aku dan Baby apa lagi, memasing bergambar sakan la kan..Ini adalah destinasi terakhir kami sebelum mengambil keretapi balik ke New Delhi jam 11 malam nanti.
|
Itu dia... Bulat sebulatnya |
|
Baby dan Bulan. eh Matahari. |
|
Hahahaaa WAJIB ni! ;) |
|
Menikmati sunset di sini sambil makan "cikidis" memang asyik |
Panorama matahari terbenam adalah penutup yang indah perjalanan kembara kami di bandar Jaipur dan bumi India ini.
Dari Tiger Fort, Jai terus menghantar kami ke stesen keretapi Jaipur. Keretapi yang kami ambil malam itu bertolak dalam jam 11 malam dan sampai ke New Delhi jam 6 pagi. Ada sesuatu yang kelakar sebab di Delhi, kami tidak turun di stesen keretapi yang sama kami naik untuk ke Agra sebelum ini. Ahh sudah. Tak pasal-pasal kami perlu ambil auto rickshaw untuk ke Ajantha Hotel.
Ajantha Hotel ini adalah tempat di mana aku simpan luggage aku yang besar satu lagi bersama-sama dengan segala hasil tangkapan aku di Kashmir dan Delhi sebelum aku berlepas ke Agra tempoh hari. Semua barang adalah selamat dan upah simpan hanya rm3 sahaja. Berbaloi sangat kann.
Dari Ajantha Hotel, kami naik teksi untuk terus ke airport dan berlepas ke Malaysia dalam jam 12 tengahari waktu India. Sampai KLIA dengan selamat jam 9 malam. Oh yea, dari India, kami naik MAS sebab AAX telah menamatkan sebarang penerbangan selepas 23 Mac 2012 ke India/Malaysia. Kami tak bayar satu sen pun untuk penukaran ke MAS. Terima kasihlah Uncle Tony. Ada rezeki juga untuk naik flight MAS bagi perjalanan yang jauh, akhirnya. :-) Dan alhamdulillah.. berjaya juga aku menamatkan kembara aku ke India dengan selamat selama 12 hari dan bebas dari cirit birit. heheheheee
Macam-macam yang aku belajar sepanjang perjalanan ini dan pengalaman tersebut membuatkan aku insaf, sangat bertuah aku lahir dan membesar di bumi MALAYSIA ini. Pada pendapat aku, pengalaman ke India ini amat unik dan setiap kaki jalan memang WAJIB untuk sampai sini bagi mengalami dan merasai sendiri keunikannya.
So what's next?
Aku akan sambung entry kembara aku ke South Korea pulak. Habiskan sedikit cerita di Jeju Island yang sudah lama aku tinggalkan. heheheee. Iye, aku tahu, aku sangat teruk dalam bab untuk menghabiskan penceritaan di doniya alam maya ini. :-). KakiBerangan selalu ingatkan aku. Terima kasih Mr. President ;). Aku akan habiskan satu-satu lepas ini okeh!
Till next time..