Selasa, 2 April 2013

Teaser #TSDayOut Amazing Race FRIM!

Hi,


Di antara task yang kami perlu buat di CheckPoint 8.

Mata ditutup dengan kain hitam. Kami diminta untuk mencari 2 keping syiling 10 sen di dalam bekas yang disediakan. Kami tak tau apa sebenarnya yang ada di dalam bekas tersebut. Harusla meraba-raba dan mencari-cari di manakah syiling 10 sen yang kecik itu di sebalik timbunan daun kering, sedikit pasir dan #%#@#. Apabila 2 ketul syiling tersebut berjaya diperolehi, barulah penutup mata dibuka!!

.

.

.

JENG JENG JENG!!!


Credit to TSDAYOUT Fotographer, Rasyidi Awaludin

Aku rasa jeritan aku yang paling kuat selepas penutup mata itu dibuka!!


Kussss Semangatttt!


Rabu, 27 Mac 2013

Ahad, 24 Mac 2013

Kompilasi Siri Kembara North India + Kashmir

Salam,

Bagi memudahkan pembaca sekalian untuk membaca kembali entry-entry terdahulu berkaitan perjalanan aku di India dan Kashmir, aku buat satu senarai untuk memudahkan rujukan. 


Harap-harap ianya dapat membantu pembaca-pembaca yang sedang mencari pelbagai info berkaitan India dan Kashmir ini dalam me-reka sendiri perjalanan masing-masing.


:-)


PRE-TRAVELLING

1. Pre-NorthIndiaBackpacking 1: Land + Air Transfer



POST-TRAVELLING


CouchSurfing Contacts:

1. New Delhi: Kunwar, 9910477199

2. Kashmir :
a) Uncle Yousef (Anchari Residence) : 9906481270 (hp), 01942422599(landline)
b) Shafi Dug (Hotel Mount Inn): 9906728273

3. Jaipur: Raj Mehraj, 08875076490


Till next time :-)

Jumaat, 22 Mac 2013

NorthIndiaBackpacking 18: Jaipur, Rajashtan (Tiger Fort)

Hi hi hi,

Entry kali ini adalah
sangat special.

KENAPA????????


Ini adalah
entry penghabisan bagi Travelouge NorthIndiaBackpacking aku. Hampir SETAHUN aku cuba untuk menghabiskan penulisan ini secara bersiri-siri, sedikit demi sedikit. Dan akhirnya HABIS JUA. Alhamdulillah.

FYI, aku tak penah lagi habiskan sebarang entry kembara aku. Jadinya ini adalah julung kalinya ;) *lompat bintang*

Ini adalah sambungan dari:


NorthIndiaBackpacking 17: Jaipur, Rajashtan (City Palace)

Cuaca yang amat panas semasa kami berada di City Palace membuatkan darah kembali keluar dari hidung Baby. Kawan aku ini memang sensitif betul sistem badannya, kalau sejuk sangat hidung berdarah, panas sangat pun berdarah juga. Nasib ko la Baby. Mujur aku idak la begitu. Oleh kerana keadaannya begitu, kami memutuskan untuk berehat sebentar di kedai kopi di dalam stesen minyak di Jaipur bagi meredakan pendarahan yang ada.

Menikmati kopi di dalam ruang ber aircond di Jaipur memang membuatkan kami terikat di sofa yang kami duduk. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang dikongsi oleh Jai, CouchSurfing aku di Jaipur.


Jai ini adalah seorang businessman. Agak berjaya juga agaknya kerana dia tidak kisah pun untuk bekerja atau tidak. Sebelum ini dia banyak menjadi hos bagi CSer dari UK dan Europe. Seperti Cser aku di Kashmir yang begitu teruja apabila ada orang Muslim nak ke tempat mereka, maka dia pun sama juga, berusaha untuk memberi hospitality yang lebih untuk kami berbanding CSer yang lain. Sapa yang untung? Harusla kami kannn ;)

Kami berborak sehingga keadaan Baby beransur pulih. Ketika itu jam sudah hampir menunjukkan pukul 5 petang. Nampak gaya, terlepaslah agenda kami untuk ke Amber Fort. Sayang sangat, sebab apa? Amber Fort senibinanya sangat cantik. Rugi tau kalau sampai Jaipur tidak sampai ke Amber Fort. 


Bangunan yang ada di depan stesen minyak berserta coffee shop yang kami singgah
Memandangkan hari makin petang, kami meneruskan perjalanan ke Tiger Fort. Nama sebenar Tiger Fort ini adalah Nahargarh, namun orang lebih suka memanggilnya sebagai Tiger Fort sebab Nahargarh itu jika di terjemahkan membawa maksud Tempat Tinggal Harimau. ;)
Tembok Amber Fort yang kita akan dapat lihat sepanjang perjalanan naik ke Tiger Fort
Menyusuri jalan di samping meninkmati pokok-pokok tough di musim panas Jaipur
Perjalanan naik ke atas Tiger Fort mengambil masa dalam 10 minit dari kaki bukit. Sepanjang perjalanan, permandangan yang ada memang sangat cantik. Amber Fort juga dapat dilihat semasa kami menyusuri jalan ke Tiger Fort ini. Jika nak diikutkan Amber Fort dan Tiger Fort ini adalah kubu-kubu yang dibina mengelilingi bandar Jaipur bagi tujuan pertahanan. Sebab itu kita boleh lihat tembok-tembok Tiger Fort dan juga Amber Fort ini saling berangkaian.

Selain dari Amber Fort, kita juga akan dapat melihat dengan jelas keseluruhan Tasik Sagar yang menempatkan sebuah istana terapung, Jal Mahal. Permandangan yang ada memang superb la, tak terkata aku melihatnya. Banyak tempat aku suruh Jai berhenti demi mengambil gambar-gambar yang best!
Lake Sagar dan Jal Mahal


Selepas kami disajikan dengan permandangan yang indah sepanjang perjalanan naik ke Tiger Fort, maka tibalah kami ke tempat yang dituju. Dari atas kubu itu, apa yang kami dapat lihat, adalah satu permandangan yang di luar jangkaan kami. Kita akan dapat melihat panorama keseluruhan bandar Jaipur dari Tiger Fort ini. Kalau tak percaya, silalah menilik setiap gambar yang telah aku ambil ini!

Itulah kereta Jai yang membawa kami ke hulu hilir Bandar Jaipur ini

Padat sepadatnya bandar Jaipur ini sebenarnya. Macam kotak mainan pun hado!
Sebahagian dari tembok kubu yang ada di Tiger Fort
Peace, setelah habis darah dia keluar melalui hidung!
I Heart Tiger Fort!
Watch out, someone is peeping you from here!
Selain dari permandangan keseluruhan Bandar Jaipur yang breathtaking ini, Tiger Fort juga adalah tempat untuk orang Jaipur menikmati permandangan matahari terbenam. Memang sangat jelas sebijik matahari yang kita akan nampak dari kubu ini. Aku dan Baby apa lagi, memasing bergambar sakan la kan..Ini adalah destinasi terakhir kami sebelum mengambil keretapi balik ke New Delhi jam 11 malam nanti.


Itu dia... Bulat sebulatnya
Baby dan Bulan. eh Matahari.
Hahahaaa WAJIB ni! ;)
Menikmati sunset di sini sambil makan "cikidis" memang asyik
Panorama matahari terbenam adalah penutup yang indah perjalanan kembara kami di bandar Jaipur dan bumi India ini.

Dari Tiger Fort, Jai terus menghantar kami ke stesen keretapi Jaipur. Keretapi yang kami ambil malam itu bertolak dalam jam 11 malam dan sampai ke New Delhi jam 6 pagi. Ada sesuatu yang kelakar sebab di Delhi, kami tidak turun di stesen keretapi yang sama kami naik untuk ke Agra sebelum ini. Ahh sudah. Tak pasal-pasal kami perlu ambil auto rickshaw untuk ke Ajantha Hotel. 

Ajantha Hotel ini adalah tempat di mana aku simpan luggage aku yang besar satu lagi bersama-sama dengan segala hasil tangkapan aku di Kashmir dan Delhi sebelum aku berlepas ke Agra tempoh hari. Semua barang adalah selamat dan upah simpan hanya rm3 sahaja. Berbaloi sangat kann.

Dari Ajantha Hotel, kami naik teksi untuk terus ke airport dan berlepas ke Malaysia dalam jam 12 tengahari waktu India. Sampai KLIA dengan selamat jam 9 malam. Oh yea, dari India, kami naik MAS sebab AAX telah menamatkan sebarang penerbangan selepas 23 Mac 2012 ke India/Malaysia. Kami tak bayar satu sen pun untuk penukaran ke MAS. Terima kasihlah Uncle Tony. Ada rezeki juga untuk naik flight MAS bagi perjalanan yang jauh, akhirnya. :-) Dan alhamdulillah.. berjaya juga aku menamatkan kembara aku ke India dengan selamat selama 12 hari dan bebas dari cirit birit. heheheheee

Macam-macam yang aku belajar sepanjang perjalanan ini dan pengalaman tersebut membuatkan aku insaf, sangat bertuah aku lahir dan membesar di bumi MALAYSIA ini. Pada pendapat aku, pengalaman ke India ini amat unik dan setiap kaki jalan memang WAJIB untuk sampai sini bagi mengalami dan merasai sendiri keunikannya. 

So what's next?

Aku akan sambung entry kembara aku ke South Korea pulak. Habiskan sedikit cerita di Jeju Island yang sudah lama aku tinggalkan. heheheee. Iye, aku tahu, aku sangat teruk dalam bab untuk menghabiskan penceritaan di doniya alam maya ini. :-). KakiBerangan selalu ingatkan aku. Terima kasih Mr. President ;). Aku akan habiskan satu-satu lepas ini okeh!

Till next time..

Rabu, 20 Mac 2013

NorthIndiaBackpacking 17: Jaipur, Rajashtan (City Palace)

Hi!

Aku sambung kembali entry India aku di Jaipur. Ini adalah sambungan dari 

NorthIndiaBackpacking 16: Jaipur, Rajashtan (Isarlat-Hawa Mahal)


Kami habis membeli belah dari kedai kain di Jaipur dalam jam 1 tengahari. Hari semakin terik tengahari itu. Namun, perjalanan harus diteruskan memandangkan kami hanya ada satu hari ini sahaja untuk menjelajahi bandar Jaipur yang besar itu.


Memandangkan hari itu adalah Hari Jumaat, maka Jai, CSer aku tue perlu menunaikan Solat Jumaat  di masjid berdekatan. Jadinya, dia terus menghantar kami ke City Palace dan meninggalkan kami di situ dan berjanji akan kembali setelah 2 jam.



Pintu Gerbang City Palace

Ada apa dengan
City Palace Jaipur ini?

Honestly, aku tertarik untuk menjengah juga City Palace ini setelah Lily Globetrotter menggambarkan betapa cantiknya interior tempat ini sebelum aku berangkat ke India.

Tiket masuk ke City Palace ini agak mahal, dalam 300 rupee. Namun, setelah aku masuk ke sana, melihat sendiri ukiran-ukiran yang ada di dinding setiap ruang di situ, maka setiap rupee yang dikeluarkan terasa berbaloi.


City Palace, adalah sebahagian dari kompleks istana Jaipur yang terdiri juga daripada Chandra Mahal, Mubarak Mahal dan beberapa bangunan yang lain. Kawasan ini adalah tempat di mana Maharaja Jaipur, ketua puak Rajput Kachwaha dan sanak saudaranya duduk. Chandra Mahal istana kini menempatkan muzium tetapi sebahagian besar dari kompleks ini masih merupakan kediaman diraja.











Bangunan merah bata seperti di atas ini adalah Chandra Mahal atau Chandra Niwas, iaitu bangunan utama di City Palace ini.Ia adalah sebuah bangunan tujuh tingkat dan setiap tingkat telah diberi nama tertentu seperti Sukh-Niwas, Ranga-Mandir, Pitam-Niwas, Chabi-Niwas, Shri-Niwas dan Mukut-Mandir atau Mukut Mahal. 

Ia mengandungi lukisan-lukisan yang agak unik dan cantik, cermin-cermin di dinding dan pelbagai hiasan bunga. Seperti yang aku dah bagitau sebelum ini, kebanyakan istana ini adalah kediaman keturunan bekas raja-raja  Jaipur. Hanya tingkat bawah dibenarkan untuk pelawat masuk di mana terdapatnya muzium yang yang mempunyai permaidani, manuskrip dan barangan lain yang dipunyai oleh keluarga diraja. Aku memang kagum dengan  pintu merak yang sangta cantik pada pintu masuk kepada Mahal. Memang sangat halus ukirannya.


Di atas bumbung kubah istana itu juga terdapat bendera keluarga diraja yang akan berkibar  apabila Maharaja ada di istana. Terdapat dua saiz bendera iaitu satu dan suku. Walau bagaimanapun, apabila raja tiada di istana, bendera permaisuri akan dinaikkan pada bangunan. Masa aku ke sana, memang ada bendera yang berkibar. Jadinya, aku jangka, maharaja ada di sana.













Ukiran yang ada di Mubarak Mahal
Setiap pintu yang ada di istana ini memang ukirannya meletoppp












Click click :-)

Another beautiful arch inside city palace
Merak Timbul di Pintu-pintu yang ada
City Palace ini memang terletak di tengah-tengah Pink City, sedikit timur laut dari pusat bandar Jaipur. Oh yea, berdekatan juga dengan Hawa Mahal.

Setelah selesai melihat di setiap pelusuk
City Palace, kami memutuskan untuk terus ke destinasi seterusnya ke Amber Fort. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Dapat bayangkan kepanasannya ketika itu? Aku check suhu semasa di jam aku, hahhhh 37 celsius okeh!! Tarikh hari tu adalah 30 Mac 2012. Jadinya, jika anda ingin ke Jaipur satu hari nanti, silalah elak 2 minggu terakhir Mac sehingga Ogos. Panas sangat!

Kami menunggu Jai untuk
pick up di pintu masuk City Palace. Cuaca panas lagi menyengat membuatkan hidung Baby berdarah kembali! Semakin lama semakin banyak. Jadinya kami terus ke coffee shop yang berdekatan.

Akan di sambung kemudian :-)